Jumaat, Oktober 23, 2009

PERASMIAN LAMAN WEB SEMINAR PENDIDIKAN MELAYU ANTARABANGSA (SePMA 2010)

Pada 14 Oktober 2009 baru-baru ini telah diadakan majlis pelancaran Website Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA 2010) yang bertempat di Hotel Putra Palace. Website ini telah dilancarkan oleh Y.Bhg. Brigedier Jeneral Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin yang juga Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Seminar ini akan diadakan pada 25-27 Februari 2010 di Melaka. Seminar ini juga adalah anuran bersama Kerajaan Negeri Melaka. Seminar yang akan melibatkan golongan pendidik dan cendekiawan Melayu di peringkat antarabangsa dan rumpun ASEAN. Tujuan seminar ini adalah memahami perkembangan Pendidikan Melayu di Malaysia dan peringkat antarabangsa selain itu juga seminar ini dijadikan platform untuk menilai semula senario semasa tentang kedudukan Pendidikan Melayu di Malaysia dan Antarabangsa serta membincangkan halatuju pendidikan Melayu pada masa kini.