Rabu, November 16, 2011

Banjir Tahun Ini Dijangka Lebih Buruk

KUALA LUMPUR – Orang ramai di seluruh negara terutama di negeri-negeri yang kerap dilanda banjir perlu bersiap sedia dengan baik dan lebih awal pada tahun ini.


Ini berikutan ramalan Jabatan Meteorologi bahawa beberapa negeri di Semenanjung Malaysia selain Sabah dan Sarawak akan menerima lebihan hujan antara 20 dan 40 peratus berbanding tahun lepas dalam tempoh antara November ini hingga Mac tahun hadapan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, negeri-negeri yang dijangka menerima hujan yang tinggi ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, Kedah, Wilayah Persekutuan dan Sabah.

“Tahun lalu ada banjir, tetapi kita ramalkan tahun ini mungkin lebih sedikit.

“Jika ramalan itu tepat, kita telah buat persiapan lebih rapi dan terperinci dari tahun lalu. Kita sudah bersedia untuk menghadapi segala bentuk bencana banjir,” katanya kepada pemberita di Putrajaya di sini selepas mempengerusikan mesyuarat khas mengenai persiapan banjir.

Tambah beliau, keadaan juga kata beliau mungkin diburukkan dengan Fenomena air pasang besar pula diramalkan akan berlaku pada 25 Dis ini dan 23 Jan tahun depan.

Bagi menghadapi kemungkinan banjir yang lebih buruk katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyenaraikan 5,156 buah pusat pemindahan yang boleh menampung 1.4 juta mangsa banjir di seluruh negara.

Muhyiddin berkata aset seperti bot penyelamat, trak, kenderaan pacuan empat roda, helikopter, pam air dan set janakuasa elektrik diletakkan di tempat-tempat strategik iaitu berdekatan dengan kawasan yang berisiko banjir, bagi memudahkan ia digerakkan bagi tujuan menyelamatkan mangsa banjir.

Beliau berkata Jabatan Pengairan dan Saliran serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah diminta untuk melaksanakan penyelenggaraan terhadap sungai dan longkang supaya ia tidak tersumbat bagi menghadapi musim tengkujuh ini terutamanya di kawasan yang berisiko dilanda banjir.

Kementerian Pelajaran pula telah mengaktifkan persediaan menghadapi banjir di sekolah-sekolah yang terlibat, kata Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran.

Dewan-dewan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia adalah di tingkat satu bangunan sekolah terutama sekali bagi pusat-pusat peperiksaan yang diramal berisiko dilanda banjir, katanya.

Muhyiddin berkata 510 buah sekolah yang digunakan bagi tujuan peperiksaan telah dikategorikan sebagai berisiko dilanda banjir iaitu 96 buah sekolah menengah dan 414 buah sekolah rendah membabitkan 201,543 orang pelajar.

Sebanyak 2,459 buah sekolah di 120 daerah dan kawasan akan digunakan sebagai penempatan sementara bagi mangsa banjir.

Beliau berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mewujudkan depot bekalan keperluan bencana di lima wilayah serta 477 pangkalan hadapan.

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta media elektronik swasta telah diminta supaya menyediakan kapsul maklumat bencana bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai langkah berjaga-jaga semasa banjir.

Muhyiddin berkata Jabatan Penyiaran juga akan menyediakan slot kepada Jabatan Meteorologi dan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk menyampaikan maklumat ramalan cuaca serta amaran awal dari semasa ke semasa kepada rakyat melalui media elektronik.

“Orang awam terutama mereka yang tinggal di kawasan yang sentiasa dilanda banjir perlu sentiasa peka dengan amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Orang ramai turut dinasihatkan tidak menunggu sehingga saat akhir untuk berpindah dan ibu bapa juga disarankan lebih bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan anak masing-masing dengan melarang mereka daripada bermain air banjir.

Muhyiddin berkata kerajaan menyambut baik penglibatan sukarelawan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang membantu dalam pengurusan bencana, lebih-lebih lagi di pusat pemindahan.

Katanya bagi bantuan wang tunai, kerajaan mengalu-alukan sumbangan orang awam dan sektor korporat ke tabung bantuan bencana yang diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negara, dikenali Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara, bagi mengurangkan beban mangsa seperti membaiki rumah yang rosak.

Muhyiddin kemudian melancarkan portal banjir MKN sebagai portal maklumat terpusat mengenai situasi banjir bagi memudahkan masyarakat untuk mendapatkan maklumat ramalan cuaca, amaran paras sungai, jalan yang ditutup serta maklumat lain daripada agensi berkaitan melalui http://portalbanjir.mkn.gov.my

Rabu, September 21, 2011

Senarai 5 website terutama di Malaysia

Salam 1 Malaysia

Laman web adalah salah satu medium untuk mendapatkan maklumat. Taip sahaja nama perkara yang ingin kita mahu, tidak sampai seminit maklumat yang diperolehi akan muncul. Tidak kira apa jenis enjin pencarian yang kita guna samada google, mozilla firefox mahupun google chrome, kemudahan mendapatkan maklumat masakini tidak boleh dinafikan. Namun begitu. pasti ramai yang tidak tahu laman web apa yang sering pengguna internet di Malaysia layari. Di bawah ini ada dilampirkan hasil kajian yang dijalankan oleh Alexa Ranking untuk tatapan semua sebagai penambah maklumat :


Dapat dilihat, laman web Facebook adalah pilihan utama pengguna Internet di Malaysia kini. dari beberapa segi, dilihat kecenderungan rakyat Malaysia menggunkan Facebook ini agak membimbangkan sebenarnya. manakan tidak, mungkin akan terabai tugas ataupun kerja kerana asyik melayari Facebook ataupun FB ini. Bagi golongan pelajar pula, melayari laman web sosial seperti ini akan membuang masa yang boleh diperuntukkan untuk belajar. Kita tidak menghalang penggunaan FB ini, namun adalah dinasihatkan jadilah pengguna yang bijak. Pengguna perlu pandai membahagikan masa untuk melayari internet ini, jika tidak pasti akan memberi masalah. Bagi pekerja-pekerja di sektor awam mahupun swasta, pastikan produktiviti anda berada pada tahap yang tinggi kerana, kerja kita di nilai dari hasil yang diperolehi bukan daripada berapa kerap kita dipanggil masuk menghadap bos...kerana membuang masa melayari FB.....

Korea Selatan duduki tempat teratas kelajuan muat turun internet

WASHINGTON: Korea Selatan menduduki tempat teratas dalam senarai kelajuan muat turun internet dunia diikuti Romania, Bulgaria, Lithuania dan Latvia, menurut kajian yang diumumkan, hari ini.

Amerika Syarikat pula berada di tangga ke-26 dalam analisis berkaitan penyambungan internet seluruh dunia yang dikendalikan Pando Networks. Purata kelajuan muat turun di Korea Selatan ialah 2,202 kilobait per saat (KBps), manakala Romania (1,909 KBps), Bulgaria (1,611 KBps), Lithuania (1,462 KBps) dan Latvia (1,377 KBps) melengkapkan senarai lima teratas. Japan pula dengan 1,364 KBps, dikuti Sweden (1,234 KBps), Ukraine (1,190 KBps), Denmark (1,020 KBps) dan Hong Kong (992 KBps).

Purata muat turun paling perlahan dicatatkan ialah di Republik Congo iaitu 13 KBps, diikuti Republik Afrika Tengah 14 KBps dan Comoros dengan 23 KBps.

Sumber : Berita Harian dan AFP






Selasa, September 20, 2011

SEKITAR JAMUAN HARI RAYA UNIT KAJIAN STRATEGIK

15 September - Unit Kajian Strategik telah mengadakan jamuan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2011. Jamuan ini bertempat di Anjung UKS, Seriab. Para jemputan yang terdiri daripada kakitangan UniMAP serta wakil dari Jabatan luar UniMAP turut hadir memenuhi undangan pada tahun ini. Jamuan bermula pada jam 4.00 petang hingga jam 6.30 petang. Jamuan ini bertujuan mengeratkan hubungan sesama kakitangan serta melebarkan hubungan kerjasama di antara Unit Kajian Strategik dengan badan-badan kerajaan yang lain. Program seperti ini adalah perlu dijadikan program wajib bagi merealisasikan hubungan baik UniMAP melalui Unit Kajian Strategik dengan pihak luar dari UniMAP.


                Timbalan Pendaftar UniMAP, En. Zuber Bin Hj. Mohamed beramah mesra


                                       Antara jemputan yang memenuhi undangan pada kali ini.



Guru-guru dari Majlis Guru Cemerlang Perlis


Pengarah Unit Kajian Strategik, En. Hirwan Jasbir Bin Jaafar bersama Dr. Idris serta Y.Bhg. Dato' Naib Canselor UniMAP sedang menikmati hidangan yang disediakan 

                          Kakitangan UniMAP yang hadir memeriahkan majlis pada petang tersebut



                           Kakitangan Unit Kajian Strategik bergambar bersama Y.Bhg. Naib Canselor

'Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari semua kakitangan Unit Kajian Strategik, Universiti Malaysia Perlis'

AGENSI DI MALAYSIA YANG MENGIKTIRAF NEGERI MAJU

UNIT PERANCANG EKONOMI, JABATAN PERDANA MENTERI(UPE)


 
SEJARAH :

 
Unit Perancang Ekonomi adalah agensi utama kerajaan yang bertanggungjawab untuk menyediakan pelan pembangunan Negara. Unit ini telah ditubuhkan pada tahun 1961, di mana ia berkembang dari Sekretariat Ekonomi Jawatankuasa Ekonomi Majlis Eksekutif Persekutuan Malaysia, ialah untuk “memfokuskan pelan pembangunan, perlaksanaan pelan yang berisiko tinggi dan segala bentuk bantuan luar”. Pada tahun itu, Kerajaan juga menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Perancangan Negara, dengan Unit Perancang Ekonomi sebagai sekretariatnya. Sementara Kabinet terus mengekalkan tanggungjawab utama bagi perancangan di negara ini, Jawatankuasa Pembangunan Perancangan Negara telah dipertanggungjawabkan untuk merumuskan, melaksana, menilai kemajuan, dan menyemak pelan-pelan pembangunan. Semenjak penubuhannya hampir 43 tahun lalu, fungsi UPE pada dasarnya tidak berubah meskipun ada fungsi-fungsi tambahan sejajar dengan penekanan ke atas perubahan dasar pembangunan.

FUNGSI :

 
Berikut merupakan fungsi-fungsi Unit Perancang Ekonomi :

 
• Merangka dasar dan strategi untuk pembangunan sosio-ekonomi;

 
• Menyediakan rancangan pembangunan jangka sederhana dan panjang;

 
• Menyediakan belanjawan bagi program dan projek pembangunan;

 
• Mengawal dan menilai pencapaian program dan projek pembangunan;

 
• Menasihati Kerajaan mengenai isu-isu ekonomi;

 
• Mengenalpasti dan melaksanakan penyelidikan ekonomi;

 
• Menyelaras penglibatan Malaysia dalam Pembangunan Pertumbuhan Segitiga;

 
• Menggubal dan melaksanakan dasar-dasar dan garis panduan pelaburan asing; dan

 
• Menimbang dan memperakukan cadangan penyusunan semula ekuiti syarikat selaras dengan dasar penyususunan semula ekuiti korporat.

 

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA, KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

 
Fungsi JPBD Semenanjung Malaysia

 
Bagi memastikan perancangan kegunaan, pembangunan dan pemeliharaan tanah yang sempurna, JPBD memainkan peranan melalui fungsi-fungsinya di tiga peringkat kerajaan iaitu persekutuan, negeri dan tempatan seperti berikut:

 
Peringkat Persekutuan

 
• Memberi nasihat kepada Kerajaan Persekutuan dalam semua hal perancangan yang berkaitan dengan penggunaan dan pembangunan tanah;

• Bertindak sebagai urusetia kepada Majlis Perancang Fizikal Negara yang dibentuk di bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172);

 • Menggalakkan sistem perancangan yang komprehensif, efektif dan efisyen melalui undang-undang perancangan, metodologi perancangan, kajian perancangan, piawaian dan prosedur perancangan;

 • Menterjemahkan dasar sosioekonomi nasional kepada bentuk fizikal dan spatial mengikut formula guna tanah dan dasar serta program penempatan;

 • Membantu kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi kerajaan dalam penyediaan Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan Daerah; dan

 
• Menyelia, mengemaskini dan menerbitkan perangkaan, buletin dan kaedah yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa.

 

 Peringkat Negeri

 
• Bertindak sebagai penasihat utama kepada kerajaan negeri dalam semua hal perancangan, termasuk penggunaan dan pembangunan tanah;

 
• Berfungsi sebagai Setiausaha bagi Jawatankuasa Perancang Negeri yang ditubuhkan di bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172);

 
• Menasihati Pihak Berkuasa Tempatan berhubung dengan dasar dan kawalan perancangan tanah dan bangunan;

 
• Mengawal pembangunan dalam negeri termasuklah kelulusan dan kawal selia ke atas pelaksanaan rancangan pemajuan;

 
• Membantu dalam penyediaan tataatur bagi projek khas yang dikendalikan kerajaan negeri; dan

 
• Mengendalikan kajian dan penyelidikan berkenaan penggunaan dan pembangunan tanah.

 

 Peringkat Tempatan

 
• Merancang, menyelaras dan mengawal penggunaan dan kemajuan tanah dan bangunan dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan;

 
• Mengendalikan, membantu dan menggalakkan pengumpulan, pengemaskinian dan penerbitan statistik, buletin, monograf dan penerbitan lain yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa serta kaedahnya; dan melaksanakan tugas lain yang berkenaan yang dipertanggungjawabkan oleh Pihak Berkuasa Negeri atau Jawatankuasa Perancang Negeri dari masa ke semasa

 

 Bahagian Perancangan Wilayah,JPBD Semenanjung

 
Pengenalan

 

 Bahagian IIA, Seksyen 6A Akta Perancangan Bandar dan Desa,1976 (Akta 172) memperuntukkan penubuhan Jawatankuasa Perancang Wilayah (JPW) bagi sesuatu wilayah yang terdiri daripada satu kawasan yang terletak di dalam dua Negeri atau lebih.

  
Antara tugas dan fungsi utama Jawatankuasa Perancang Wilayah adalah untuk menyediakan Rancangan Wilayah secara komprehensif bagi memandu dan menyelaras pemajuan sesuatu wilayah seperti yang dinyatakan dalam Perenggan 6A(5)(b) Akta 172.

  
Objektif

 
• Melaksanakan peruntukan Seksyen 6A Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan menggerakkan fungsi-fungsi Jawatankuasa Perancangan Wilayah (JPW).

 
• Mengukuhkan pembangunan wilayah dari segi fizikal, sosial dan ekonomi selaras dengan Pembangunan Nasional.

 
• Menasihat dan membantu Jawatankuasa Perancang Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam wilayah selari dengan dasar-dasar negara.

 
• Membantu Jabatan di dalam merangka dan merancang projek-projek berkepentingan nasional.

 

 Fungsi

 

 Unit Urusetia Jawatankuasa Perancang Wilayah (JPW)

 
• Menjalankan Tugas-Tugas Mengenai Penubuhan Jawatankuasa Perancang Wilayah Dan Pewartaan Wilayah Berkenaan Dan Keahlian JPW Oleh Menteri Yang

 
• Bertanggungjawab Dalam Bidang Perancangan Bandar Dan Desa

 
• Menjalankan Tugas-Tugas Keurusetiaan Jawatankuasa Perancang Wilayah

 
o JPW Kuala Lumpur Conurbation

 
o JPW George Town Conurbation

 
o JPW Kuantan Conurbation Membantu Pihak-Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak-Pihak Berkuasa Perancang Tempatan dalam melaksanakan Rancangan Wilayah

 
• Menyelaras Polisi, Garis Panduan Dan Penggunaan Ttanah Di Kawasan Sempadan

 
• Membantu Menjalankan Penyelidikan Yang Perlu Bagi Sesuatu Wilayah

 
• Membantu Mewujudkan Proses Dan Tatacara Yang Seragam Untuk Digunakan Oleh Kerajaan Persekutuan Dan Kerajaan Negeri Serta Pihak Berkuasa Perancang Tempatan Bagi Wilayah Berkenaan

 

 Unit Rancangan Wilayah

 

 • Menyediakan Rancangan Wilayah yang komprehensif / Regional Functional Plan (mengikut subject matter) untuk memandu dan menyelaras pemajuan wilayah berkenaan

 
• Menyediakan Kajian Wilayah Central Forest Spine (CFS) – Master Plan For Ecological Linkages

 
• Mengkaji semula Rancangan Wilayah

 
• Membangunkan pangkalan data untuk kegunaan perancangan dan pembangunan wilayah

 
• Menyediakan Rancangan Kawasan Khas bagi kawasan melampaui sempadan Negeri

 
• Menterjemah dan melaksanakan Rancangan Fizikal Negara (RFN) di peringkat wilayah

 

 Unit Projek Berkepentingan Nasional

 

 • Melaksanakan tugas perancangan dan pemantauan Projek / Kajian Berkepentingan Nasional seperti Pelaksanaan Pembangunan Cyberjaya dan Kajian Tahap Tampungan dan Garis

 
• Panduan Pembangunan Pulau-Pulau

 
• Menyediakan perkhidmatan kepakaran teknikal dan menawarkan perkhidmatan kepada pihak-pihak yang memerlukan Perancangan sempadan antarabangsa

 

 Piagam Pelanggan

 

 • Menyediakan Kertas Cadangan Penubuhan Jawatankuasa Perancangan Wilayah

 
• Menyediakan Rancangan Wilayah Dalam Tempoh 6 – 18 Bulan

 

 

 

PERKEMBANGAN BANJIR DI NEGERI PERLIS

Keadaan banjir yang melanda negeri Perlis yang bermula dari 11 September 2011 yang lalu dilihat semakin pulih setelah 2 hari pemantauan. Bagi pihak Bilik Gerakan Pusat UniMAP ini adalah keadaan yang diharapkan bagi mengelak keadaan menjadi lebih serius. Setakat ini, Bilik Gerakan Bencana Banjir Pusat UniMAP telah merekodkan hanya 16 orang kakitangan yang terlibat dengan banjir. Tiada rekod penambahan yang baru diterima sehingga kini.


Manakala bagi Pusat Gerakan Banjir Negeri (JKMNPerlis) sehingga jam 10 pagi tadi memaklumkan semua Pusat Pemindahan Banjir di kawasan Padang Besar dan Arau telah ditutup. Baki 10 pusat pemindahan banjir di kawasan Kangar masih beroperasi.







                                        Gambar keadaan banjir di sekitar kawasan Padang Besar






                                                      Keadaan banjir di kawasan Kangar





                                                              Banjir di kawasan Arau

Jumaat, Jun 24, 2011

MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI MATA DUNIA

Malaysia adalah sebuah negara yang maju dan makmur. Terdiri dari pelbagai kaum, menjanjikan pelbagai bahasa terdapat di Malaysia. Namun begitu, Bahasa Melayu yang juga adalah bahasa rasmi kebangsaan dilihat semakin hilang taringnya. Dengan penggunaan bahasa Melayu yang minima khususnya kaum selain dari Melayu, ini boleh meruntuhkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Banyak langkah yang boleh diambil dan salah satu darinya adalah KLIK UNTUK BACA

USAH UNGKIT PERLEMBAGAAN NEGERA

Demi Kepentingan Semua Kaum di Malaysia

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah agar tiada mana-mana kaum di Malaysia mengungkit perkara yang telah termaktub didalam perlembagaan negara bagi supaya tidak timbul sebarang rasa tidak puas hati ataupun buruk sangka dikalangan ahli masyarakat. KLIK SINI....

Khamis, Jun 23, 2011

RM10.32 Billion Di Bazirkan Begitu Sahaja Oleh Kerajaan

RM10.32 Billion Di Bazirkan Begitu Sahaja Oleh Kerajaan


 
Rakyat Malaysia mungkin lupa, mungkin tidak sedar mengenai Subsidi yang di tanggung kerajaan Malaysia buat seluruh rakyat Malaysia. Bukan sahaja rakyat Malaysia yang menerima nikmat subsidi dari Kerajaan malah rakyat negara asing yang berkerja di Malaysia juga sedemikian sampaikan berjuta yang enggan pulang ke negara asal kerana mendapat kehidupan lebih baik di Malaysia ini.

 
Apa yang ingin ditekankan disini adalah mengenai Subsidi yang di tanggung oleh Kerajaan Malaysia buat Rakyat di negara ini. Pergi lah ke negara luar pastinya anda tidak akan memperolehi Subsidi dari Kerajaan mereka. Malah desakann hidup boleh membuatkan anda merempat di tepi jalan dalam mencari sesuap nasi. Tidak salah menegur kerajaan yang ada tapi jangan sampai kelambu pun di bakar akibat marah pada nyamuk.

 
Jenis Barang dan Jumlah Subsidi Yang di Tanggung oleh Kerajaan pada tahun 2010.

 
  • Gula                                  - (789 juta)
  • Tepung Gandum                - (89 juta)
  • Minyak Masak                  - (813 juta)
  • Beras ST15                       - (486 juta)
  • Petrol RON 95                  - (3.13 Billion)
  • Diesel                                - (3.59 Billion)
  • LPG                                  - (1.43 Billion)
   Jumlah Keseluruhan              - (RM 10.32 Billion).

 
Faktor Kenaikan Harga Barang

 
1. Penambahan penduduk dunia sebanyak 4% setahun tapi pengeluaran makanan hanya 1%-2% setahun.

 
2. Keadaan cuaca yg tidak menentu spt kemarau di Russia dan banjir di India dan Australia.

  
3. Dasar larangan eksport oleh negara pengeluar seperti bawang di India dan gandum di Russia.

  
Hargailah Subsidi yang di berikan Kerajaan Malaysia buat anda sekeluarga. Apakah nilai 10.32 Billion yang di Subsidikan untuk kita satu pembaziran?

 

 

 

Jumaat, Mei 20, 2011

PROSPEK pengganti Peperiksaan PTK

Sistem penilaian tahap kecekapan kakitangan awam telah diubah. Dengan menggunakan sistem yang lebih mapan,penilaian akan dilakukan oleh panel yang dilantik serta melalui 8 tahap penilaian seperti dibawah :


KLIK UNTUK SELANJUTNYA

Selasa, Mei 10, 2011

KURSUS PEMNATAPAN JATIDIRI PEGAWAI GRED 41 SIRI II

KURSUS PEMNATAPAN JATIDIRI PEGAWAI GRED 41 SIRI II

TARIKH : 05 – 08hb MEI 2011

TEMPAT : VILLA DANIALLA, TOK BALI, KELANTAN

KUMPULAN SASARAN : PEGAWAI GRED 41

PESERTA : -PEGAWAI GRED 41 (KONTRAK) DAN TETAP (YANG TIDAK MENGHADIRI 
                     KURSUS PEMANTAPAN JATIDIRI PEGAWAI SIRI I)

AKTIVITI :

Bagi meningkatkan pemahaman para pegawai berkaitan isu semasa yang menyentuh aspek ekonomi, keselamatan, politik dan sebarang isu masa depan Negara, Unit Kajian Strategik dengan kerjasama Cap’s Kepimpinan UniMAP dan Jabatan Pendaftar telah menganjurkan Kursus Pemantapan Jatidiri Pegawai Gred 41 (Siri II) di Villa Danialla, Tok Bali Kelantan pada 05-08hb Mei lalu.

Kursus yang dihadiri seramai 69 peserta ini diketuai oleh barisan fasilitator yang telah bertanggungjawab dalam Perbincangan Dalam Kumpulan (PDK) selama 4 hari tersebut. Antara slot yang diselitkan dalam kursus ini adalah Slot Jatidiri Sebuah Bangsa Merdeka : Peranan Pentadbir oleh Y. Bhg. Datin Paduka Datuk Prof. Dr. Hjh. Ramlah Adam. Slot bersama Y. Bhg. Dato’ Naib Canselor UniMAP juga turut diselitkan pada majlis penutup kursus tersebut.

Aktiviti Kemasyarakatan juga turut mengisi tentatif program pada hari ketiga kursus. Antara aktiviti yang dijalankan di Lubuk Kuin adalah membersihkan kawasan kubur dan masjid, aktiviti memasak bersama penduduk setempat dan penyampaian cenderahati kepada Imam Masjid Lubok Kuin, serta pengerusi JKT Lubok Kuin, Hj.Rezuwan . Pihak UniMAP juga turut menghulurkan derma ikhlas kepada anak yatim di Pondok Tahfiz Al-Quran Dr. Halim.

Selesai sesi rumusan & penutup, peserta dibawa melawat Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada hari terakhir berkursus. Delegasi UniMAP dibawa melawat ke Dewan Kuliah 3 & 4 dan diberi penerangan ringkas tentang kursus-kursus yang ditawarkan di UMK serta serba sedikit sejarah penubuhannya oleh En. Abdul Halim Bin Abdul Rahman, Pendaftar UMK.

Dengan berakhirnya kursus ini maka 7 Teras Pentadbir UniMAP dapat dirumuskan dan dipersetujui dengan moto “Pentadbir Cemerlang, UniMAP Gemilang”.

Rabu, Mac 30, 2011

SEMINAR PEMIKIRAN TUN DR. MAHATHIR

TARIKH :
08 FEBRUARI 2011

TEMPAT :
DEWAN 2020, KANGAR

AKTIVITI :

Dengan kerjasama Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir , Universiti Utara Malaysia dengan Universiti Malaysia Perlis telah menganjurkan Seminar Pemikiran Tun Dr. Mahathir pada 8hb Mac 2011 bertempat di Dewan 2020, Kangar.
Seminar ini diadakan sempena Istiadat Konvokesyen Khas UniMAP 2011 bagi menganugerahkan Ijazah Kehormat kepada mantan Perdana Menteri ke 4, Y.A. Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad & Y.A. Bhg. Tun Dr. Siti Hasmah pada 17 Mac 2011 sekaligus mencipta sejarah tersendiri kepada Universiti Malaysia Perlis.
Seminar yang dijalin dengan kerjasama yayasan Kepimpinan Perdana adalah sebagai menghargai idea dan sumbangan beliau sepanjang menjawat jawatan Perdana Menteri.
Antara isi kandungan yang di sampaikan sepanjang seminar sehari ini adalah mengenali dan memahami aspirasi perjuangan Tun Dr. Mahathir sebelum, semasa dan selepas menerajui Negara. Selain itu, seminar ini adalah untuk menghargai jasa & pengorbanan Tun Dr. Mahathir dalam merencanakan Negara sehingga mencapai wajah Wawasan 2020.

AKTIVITI UNIT KAJIAN STRATEGIK

Program Sehari Pemimpin Masyarakat DUN Sanglang Bersama UniMAP


22 Februari 2011

Pada 22 Februari 2011 lalu, UniMAP dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Sanglang telah mengadakan Program Sehari Pemimpin Masyarakat DUN Sanglang bersama UniMAP. Program yang berlangsung seawall jam 08.00 pagi ini berakhir jam 6.30 petang dengan dihadiri Penyelaras DUN Sanglang, Hj. Abdullah Hassan semasa Jamuan Tengahari di Dewan Serbaguna Kubang Gajah, UniMAP.
Turut hadir Y.Bhg. YB Jafperi Othman, Exco Kerajaan Negeri Perlis bagi mewakili Menteri Besar Perlis. Program ini bertujuan untuk mendedahkan pemimpin –pemimpin masyarakat di kawasan Sanglang akan peranan yang dimainkan oelh UniMAP dalam mengangkat maruah agama, bangsa dan Negara melalui sektor pendidikan tinggi.
Delegasi turut dibawa melawat ke Makmal PPK Mekatronik dan Pembuatan di Pauh selain ke PPK Bioproses dan Alam Sekitar serta Pusat Kejuruteraan di UniMAP.

AKTIVITI UNIT KAJIAN STRATEGIK

PROGRAM KEMBARA ILMU(PROGRAM DIDIK CEMERLANG)

TARIKH :
17-20HB MAC 2011

TEMPAT :
KUALA LUMPUR

KUMPULAN SASARAN :
PELAJAR CEMERLANG NEGERI PERLIS

PESERTA :
PELAJAR CEMERLANG NEGERI PERLIS
GURU CEMERLANG NEGERI PERLIS

AKTIVITI :

Pada 17- 20hb Mac lalu, Unit Kajian Strategik dengan kerjasama Majlis Guru Cemerlang negeri Perlis telah mengadakan Program Kembara Ilmu (Program Didik Cemerlang) ke Kuala Lumpur dengan di hadiri oleh para pelajar cemerlang dari seluruh negeri Perlis serta Guru-guru cemerlang.
Sebanyak empat buah bas yang terlibat dalam mengiringi seramai 122 orang pelajar dan 8 orang dalam Program Kembara Ilmu. Antara sekolah yang terpilih dalam Program Kembara Ilmu ini adalah SMK Sains Tunku Syed Putra, SMK Arau, SMK (A) Arau, SMK (P) Kangar, SMK Dato’ Jaafar Hassan, SMK Dato’ Sheikh Ahmad, SMK Dato’ Ali Ahmad, SMK Derma, SMK Kuala Perlis, SMK Putra, SMK Syed Ahmad, SMK Syed Alwi, SMK Syed Saffi, SMK Padang Besar (U) dan SMK Tg. Suleiman.
Agensi Tenaga Nuklear, Jabatan Perdana Menteri, Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) dan i-City Shah Alam merupakan tempat yang dilawati pada hari ke 2 Program Kembara Ilmu ini.
Pada 19hb Mac, para pelajar dibawa melawat ke Teknology Park Malaysia (TPM) di Bangi dan mereka di beri sedikt penerangan tentang kemudahan serta kelebihan yang disediakan di Kolej Teknology Park Malaysia khusus kepada para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang yang terarah kepada sains dan teknologi. Penerangan dari Pn. Harlina sedikit sebanyak menarik minat para pelajar tentang kursus yang ditawarkan di kolej tersebut.
Sesi kembara ilmu diteruskan lagi ke Muzium Negara dan Lake Garden seterusnya ke Aquaria, KLCC pada sebelah petangnya.
Para pelajar turut diberi tugasan berkumpulan untuk membincangkan perancangan atau pelan tindakan untuk Perlis Maju 2015. Tugasan ini sedikit sebanyak membuka minda para pelajar serta percambahan idea dari setiap pelajar menarik minat Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Kamarudin Hussin untuk dipanjangkan kepada pihak bertanggungjawab.
Hari terakhir Program Kembara Ilmu ini diakhiri dengan sesi lawatan ke Pusat Sains Negara yang dimana lokasi terakhir ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang sains dan teknologi dalam kehidupan seharian kita.

AKTIVITI UNIT KAJIAN STRATEGIK

MAJLIS PELANCARAN PROJEK JEJAK KAMPUS

TARIKH :
18 FEBRUARI 2011

TEMPAT :
DEWAN KAPITOL UniMAP, KANGAR

KUMPULAN SASARAN :
PESERTA PROGRAM JEJAK KAMPUS

PESERTA :
PELAJAR SEKOLAH SELURUH NEGERI PERLIS

AKTIVITI :

UniMAP telah diberi peluang untuk melancarkan satu lagi projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) UniMAP kepada sector pendidikan negeri Perlis. Projek yang dicetuskan sendiri oleh Naib Canselor semasa Majlis Perasmian Penutup Program Selangkah Ke Universiti anjuran BAKTI pada 1hb Julai 2010 yang turut dihadiri oleh Y.A. Bhg. Naib Yang Dipertua BAKTI.
Pada 18hb Februari lalu, telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Projek Jejak Kampus bertempat di Dewan Kapitol UniMAP, Kangar dengan dihadiri oleh peserta Projek Jejak Kampus, pengetua-pengetua sekolah serta guru – guru dari setiap sekolah.
Majlis pelancaran telah dirasmikan dengan penuh meriah oleh Naib Canselor UniMAP. Turut hadir dalam Majlis Pelancaran tersebut adalah Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Perlis, En. Nuzrin Bin Nuiman.

AKTIVITI UNIT KAJIAN STRATEGIK

BENGKEL PENYELIDIKAN SOSIAL

TARIKH :
21 – 23 JANUARI 2011

TEMPAT :
HOTEL PARK AVENUE, SG. PETANI KEDAH.

KUMPULAN SASARAN :
KUMPULAN PENYELIDIK UNIT KAJIAN STRATEGIK

PENCERAMAH:
DR.MOHAMAD HASHIM BIN OTHMAN (UNIVERSITI SAINS MALAYSIA)

PESERTA BENGKEL :

HIRWAN JASBIR BIN JAAFAR
DR. MIZAN BIN AZLAM (FELO PENYELIDIK)

• POLITIK
• DASAR-DASAR KERAJAAN
• PERTANIAN

RAJA SHAH ERMAN BIN RAJA ARIFFIN
MOHD FAISAL BIN HAMIDI (FELO PENYELIDIK)

• EKONOMI
• HUBUNGAN ANTARA NEGERI, PERSEKUTUAN & ANTARABANGSA
• PELANCONGAN

MOHD HIZAZY BIN YUSOF
ADI ANUAR BIN AZMIN (FELO PENYELIDIK)

• BELIA & SUKAN
• KEBUDAYAAN
• INFRASTRUKTUR ASAS
• SOSIAL
• AGAMA

SITI NORRAFIDAH BT MD ZIN
MOHAMMAD SHARIFF BIN ISMAIL (FELO PENYELIDIK)

• PENDIDIKAN
• KESEJAHTERAAN & KEBAJIKAN RAKYAT
• TUGAS-TUGAS KHAS

AKTIVITI UNIT KAJIAN STRATEGIK



BENGKEL PEMBANGUNAN MODUL

TARIKH :
21 – 23 JANUARI 2011


TEMPAT :
HOTEL PARK AVENUE, SG. PETANI KEDAH.


KUMPULAN SASARAN :
MAJLIS GURU CEMERLANG NEGERI PERLIS


PESERTA :


BAHASA MELAYU
• PN. ZALINA BT AHMAD – SMK PUTRA
• PN. RUSLAH BT MAT - SMSTSP
• PN. ROHAIDA BT AZIZ – SMK PADANG BESAR (U)

BAHASA INGGERIS
• PN. YANG HAMEEZA BT MEOR ABD RAHIM - SMSTSP
• PN. SITI JAWAHIR BT SHEIKH AB – SMKSA
• EN. SUPARDI – SMK ARAU

BIOLOGI
• DATIN NORIDAH BT YANGMAN - SMSTSP
• PN. ASRIYAH BT BAHAROM – SMK SYED SAFFI
• EN. KHAIRUL ANUAR BIN MOHD YUSOF – SMK ARAU


KIMIA
• PN. AISHAH BT MOKHTAR – SMK DERMA
• EN. YAMAN BIN BAHAROM - SMSTSP
• EN. MOHD NOR BIN YAAKOB – SMSTSP


MATEMATIK TAMBAHAN
• PN. ZANIYAH BT ISMAIL
• PN.ZALIANA BT MAT ZAIN
• EN. HALIM BIN OTHMAN


AKTIVITI :


Bagi memastikan keberkesanan Program Didik Cemerlang untuk tahun 2011, pihak sekretariat telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Modul dengan kerjasama Majlis Guru Cemerlang Negeri Perlis dan Jabatan Pelajaran Negeri.
Semua slot untuk setiap subjek seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Biologi, Kimia dan Matematik Tambahan dikendalikan oleh Guru Cemerlang bagi Program Didik Cemerlang.
Bengkel yang berlangsung selama 3 hari ini yang bermula 21 – 23 hb Januari 2011 di Hotel Park Avenue, Sungai Petani, Kedah turut dihadiri Naib Canselor UniMAP yang turut sama member ucapan dan kata – kata semangat serta penghargaan kepada guru- guru yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Turut hadir pada Majlis Makan Tengahari & Penghargaan program ini adalah Pengarah Pelajaran Negeri Perlis, En. Mansor Bin Lat.

























Isnin, Mac 28, 2011

Malaysia Di Tangga 16 Pengguna Facebook Dunia

Malaysia Di Tangga 16 Pengguna Facebook Dunia


 
Oleh : Mohd Hizazy Bin Yusof

 
Rakyat Malaysia berada di tangga ke 16 sebagai pengguna laman sosial Facebook terbesar di dunia, berdasarkan statistik bagi bulan Oktober 2010 yang dikeluarkan oleh laman Facabaker.com, sebuah laman yang menyelaraskan statistik dan penggunaan laman sosial facebook di kalangan pengguna seluruh dunia. Merujuk kepada senarai tersebut rakyat Amerika Syarikat masih mendahului senarai dan diikuti oleh Indonesia dan United Kingdom.

 
Kedudukan Malaysia di tangga ke 16 adalah berdasarkan rekod pendaftaran pengguna di facebook, manakala untuk tujuan perkongsian blog ini cuba untuk membuat perbandingan bukan sahaja jumlah pengguna malahan turut mengambil kira jumlah populasi penduduk di negara terlibat, supaya dapat melihat dengan lebih jelas lagi situasi sebenar status pengguna facebook.

 
Berdasarkan rujukan statistik di laman rasmi di facebakers.com dan world population list, senarai yang disusun oleh blog ni adalah seperti dibawah ni:



 
Dari senarai 20 pengguna terbesar facebook tu, Malaysia berada di kedudukan ke 16 dari segi jumlah pengguna manakala kalau di analisa dari segi peratusan berbanding bilangan populasi, Malaysia berada di tangga ke 8 dengan 31.48 peratus penduduknya berdaftar dengan facebook.

 
Maksudnya juga secara rambang daripada 10 orang yang ditemui di Malaysia, sekurang-kurangnya 3 daripada mereka mempunyai akaun facebook. Walau bagaimanapun analisa ringkas di jadual ada beberapa limitasi seperti:

 
1. Terdapat di kalangan 20 negara di dalam senarai tu belum kemaskini jumlah terkini populasi mereka, mungkin akan berlaku perubahan dari segi nilai peratusan; dan

2. Peratusan tersebut juga mungkin melibatkan kiraan berganda di sebabkan ada sesetengah individu yang mempunyai lebih dari satu akaun facebook, mungkin dua, tiga, lima mahupun sepuluh.

 
Namun secara asasnya senarai di atas tu bolehlah dijadikan rujukan dan panduan ringkas untuk mengetahui secara umum fokus dan arah penggunaan laman sosial di negara ini. Pada masa yang sama penggunaan facebook juga turut melibatkan kelebihan dan juga keburukan tersendiri, semuanya bergantung kepada pengguna itu sendiri.

 
Negara yang paling kurang penggunaan Facebook adalah Republic of Nauru yang hanya mencatatkan 180 pengguna sahaja. Nauru dahulunya dikenali sebagai Pleasant Island yang mempunyai keluasan 21km persegi. Ok dan steady aje deme tu..life still goes on tanpa FB

 
Statistik mengenai penggunaan internet di Malaysia.

 
  1. populasi penduduk pada 2000           : 24.6 juta orang
  2. pengguna internet pada 2000            : 3.7 juta orang
  3. kadar penembusan pada 2000           : 15%
  4. populasi penduduk pada 2010           : 26.12 juta orang
  5. pengguna internet pada 2010            : 16.9 juta orang
  6. kadar penembusan pada 2010           : 64.6%
  7. pertumbuhan pengguna internet       : 356.8%
          (2000 – 2010)

 

 
User age distribution on Facebook in Malaysia

 
 

 
Male/Female User Ratio on Facebook in Malaysia

Malaysia Facebook Statistics

 
General info

 
Total Facebook Users                      : 10 138 760
Penetration of population                  : 38.76%

Position in the list                              : 16
Penetration of online pop                  : 59.98%

 

 

Users & Demography for the Malaysia
 
 

 

 

 

 

 

 

 

Khamis, Mac 24, 2011

MENUJU PERLIS MAJU 2015

Oleh: Hirwan Jasbir Bin Jaafar


Tahun 2020 merupakan tahun sasaran yang telah diletakkan oleh Kerajaan Malaysia untuk mencapai tahap sebagai sebuah negara maju. Mengikut Pertubuhan Bagi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), untuk menjadikan sesebuah negara itu diiktiraf sebagai sebuah negara maju, terdapat lima aspek penting meliputi ekonomi, sosial, infrastruktur, alam sekitar dan pentadbiran perlu dipenuhi. Lima aspek penting itu meliputi 32 indikator yang melebihi sasaran terendah yang telah ditetapkan oleh OECD.

Perlis Maju 2015 menjadi wawasan utama kepada Kerajaan Negeri Perlis bagi memastikan negeri Perlis menjadi salah sebuah negeri maju di Malaysia. Mengapa negeri Perlis beria-ia menjadi salah sebuah negeri maju di Malaysia. Jawapannya adalah bagi memastikan menjelang tahun 2020, negeri Perlis tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara dan menjadi negeri terpinggir di Malaysia. Justeru adalah menjadi tugas utama kepada Kerajaan Negeri Perlis bagi merangka dasar dan polisi untuk menjadikan negeri Perlis sebagai salah sebuah negeri maju di Malaysia menjelang 2020.

Wawasan Perlis Maju 2015 telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2005. Berbagai aspek pembangunan telah dirangka bagi merialisasikan hasrat menjadi sebuah negeri maju. Namun persoalan timbul dikalangan masyarakat berkenaan dasar dan polisi yang diatur dalam usaha kerajaan merialisasikan wawasan yang telah ditetapkan. Sasaran ‘Perlis Maju 2015′ terus menjadi satu persoalan di kalangan rakyat di negeri ini. Pada 14 Disember 2010 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis baru-baru ini, tajuk ini terus mendapat perhatian para Wakil Rakyat. YB Khairi Hassan (BN-Mata Ayer) telah mengemukakan soalan lisan berkaitan perancangan untuk merealisasikan ‘Perlis Maju 2015′. Sementara itu, YB Rus’sele Eizan (PAS-Simpang Empat) dalam ucapannnya membahaskan Bajet 2011 turut menyeru Kerajaan Negeri untuk meletakkan sektor utama sebagai teras ‘Perlis Maju 2015′.

Persoalan-persoalan yang ditimbulkan ini menyebabkan perlunya satu kajian yang menyeluruh dilakukan terhadap penerimaan dan kefahaman masyarakat di negeri Perlis terhadap Wawasan Perlis maju tahun 2015. Keperluan ini menjadi aspek utama kepada usaha tercapainya sasaran maju pada tahun 2015. Tanpa kefahaman dan sokongan dari masyarakat, mana mungkin Kerajaan Negeri dapat melaksanakan segala perancangan yang telah dirangka bagi merialisasikan usaha menjadi negeri maju.

Khamis, Januari 27, 2011

MENJADI NEGARA MAJU

0leh: Hirwan Jasbir Bin Jaafar



Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengistiharkan Wawasan 2020 pada tanggal 28 Februari 1991. Wawasan 2020 adalah satu wawasan yang menterjemahkan hasrat rakyat untuk meletakkan kedudukan negara Malaysia sebagai sebuah negara maju di mata dunia. Kini tahun 2020 hanya tinggal 9 tahun sahaja lagi untuk digapai, persoalannya adakah kita sudah memahami apa itu negara maju dan apakah kriteria untuk menjadi sebuah negara maju? Walaupun tidak ada kriteria tertentu untuk dijadikan asas menentukan sesebuah negara maju, namun kriteria berikut seringkali diutarakan sebagai petunjuk kepada kedudukan sesebuah negara maju. Kriteria tersebut ialah:

i. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)


ii. Indeks Pembangunan Manusia (HDI)


iii. Pendapatan Per Kapita


iv. Taraf Hidup yang Tinggi


v. Kuasa Beli (PPP)


Terdapat beberapa agensi yang telah menentukan kriteria sesebuah negara maju seperti Pertubuhan Bagi Kerjasama Dan Pembangunan Ekonomi(OECD), Bank Dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB). Penilaian yang digunapakai oleh mereka dalam menentukan sesebuah negara maju turut berbeza. Mengikut Pertubuhan Bagi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), untuk menjadikan sesebuah negara itu diiktiraf sebagai sebuah negara maju, terdapat lima aspek penting meliputi ekonomi, sosial, infrastruktur, alam sekitar dan pentadbiran perlu dipenuhi. Lima aspek penting itu meliputi 32 indikator yang telah ditetapkan oleh OECD. Manakala Bank Dunia pula menggunakan hasil pendapatan negara kasar per kapita sebagai indikator utama untuk menentukan sesebuah negara maju. Bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) pula kaedah menentukan negara maju adalah berdasarkan wilayah dimana mereka mengkategorikan negara maju berdasarkan wilayah yang maju.

Namun sejuahmana tepatnya kriteria yang ditentukan oleh ketiga-tiga agensi ini masih boleh dipertikai kerana maksud atau istilah negara maju itu sesuatu yang subjektif dan bergantung kepada sesebuah negara. Oleh yang demikian, kita bebas untuk memilih kriteria yang bagaimana diperlukan oleh rakyat dan kerajaan untuk menjadi sebuah negara maju. Menjadi sebuah negara maju adalah idaman setiap kerajaan yang memerintah negara-negara di dunia ini. Justeru usaha dan perancangan yang strategik perlu dilaksanakan dalam memastikan usaha tersebut tercapai.

Sekian.......


Rujukan :


Abdul Rahim Anuar & Zulikha Jamaludin (2005) Agenda ICT Ke Arah Pembangunan K-Ekonomi Malaysia, Penerbit Universiti Utara Malaysia Sintok.


Abu Sufian Abu Bakar & Normizan Bakar Rencana: Klasifikasi Negara Maju: Implikasi Kepada Perbincangan Kedah Maju 2010. Buku Koleksi Rencana: Kearah Kedah Maju: Antara Perancangan Dan Keupayaan. Penerbit Universiti Utara Malaysia.



 


                                                                    Amerika Syarikat


                                                                             Australia