Pada 28 - 30 September 2009, Unit Kajian Strategik telah mengadakan satu program yang menaikkan nama Universiti Malaysia Perlis dalam sumbangan terhadap sektor Pendidikan di Negeri Perlis. Program Kem Score 'A' Didik Cemerlang 2009 telah berjalan dengan lancar di Dusun Resort, Kuala Neran, Kedah. Program ini adalah hasil anjuran bersama Kementerian Pengajian Tinggi, Universiti Malaysia Perlis, Jabatan Pelajaran Perlis, Majlis Guru Cemerlang Negeri Perlis dan juga Yayasan Tuanku Syed Putra. Program ini melibatkan pelajar yang dikategorikan cemerlang di sekolah masing-masing yang akan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM tahun ini. Beberapa slot selain kelas bimbingan turut diadakan. Antaranya slot motivasi bersama YAB Dato' Seri DR Md Isa Bin Sabu yang juga Menteri Besar Perlis serta Exco Pendidikan Negeri, sesi motivasi bersama Y.Bhg. Brigedier Jeneral Dato' Prof. Dr. Kamarudin Hussin, yang juga Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis. Kem ini diakhiri dengan sesi bersama Pengarah Jabatan Pelajaran Perlis, Encik Mansor Bin Lat yang seterusnya menutup Kem yang berlansung selama 3 hari 2 malam ini.