Rabu, September 21, 2011

Senarai 5 website terutama di Malaysia

Salam 1 Malaysia

Laman web adalah salah satu medium untuk mendapatkan maklumat. Taip sahaja nama perkara yang ingin kita mahu, tidak sampai seminit maklumat yang diperolehi akan muncul. Tidak kira apa jenis enjin pencarian yang kita guna samada google, mozilla firefox mahupun google chrome, kemudahan mendapatkan maklumat masakini tidak boleh dinafikan. Namun begitu. pasti ramai yang tidak tahu laman web apa yang sering pengguna internet di Malaysia layari. Di bawah ini ada dilampirkan hasil kajian yang dijalankan oleh Alexa Ranking untuk tatapan semua sebagai penambah maklumat :


Dapat dilihat, laman web Facebook adalah pilihan utama pengguna Internet di Malaysia kini. dari beberapa segi, dilihat kecenderungan rakyat Malaysia menggunkan Facebook ini agak membimbangkan sebenarnya. manakan tidak, mungkin akan terabai tugas ataupun kerja kerana asyik melayari Facebook ataupun FB ini. Bagi golongan pelajar pula, melayari laman web sosial seperti ini akan membuang masa yang boleh diperuntukkan untuk belajar. Kita tidak menghalang penggunaan FB ini, namun adalah dinasihatkan jadilah pengguna yang bijak. Pengguna perlu pandai membahagikan masa untuk melayari internet ini, jika tidak pasti akan memberi masalah. Bagi pekerja-pekerja di sektor awam mahupun swasta, pastikan produktiviti anda berada pada tahap yang tinggi kerana, kerja kita di nilai dari hasil yang diperolehi bukan daripada berapa kerap kita dipanggil masuk menghadap bos...kerana membuang masa melayari FB.....

Korea Selatan duduki tempat teratas kelajuan muat turun internet

WASHINGTON: Korea Selatan menduduki tempat teratas dalam senarai kelajuan muat turun internet dunia diikuti Romania, Bulgaria, Lithuania dan Latvia, menurut kajian yang diumumkan, hari ini.

Amerika Syarikat pula berada di tangga ke-26 dalam analisis berkaitan penyambungan internet seluruh dunia yang dikendalikan Pando Networks. Purata kelajuan muat turun di Korea Selatan ialah 2,202 kilobait per saat (KBps), manakala Romania (1,909 KBps), Bulgaria (1,611 KBps), Lithuania (1,462 KBps) dan Latvia (1,377 KBps) melengkapkan senarai lima teratas. Japan pula dengan 1,364 KBps, dikuti Sweden (1,234 KBps), Ukraine (1,190 KBps), Denmark (1,020 KBps) dan Hong Kong (992 KBps).

Purata muat turun paling perlahan dicatatkan ialah di Republik Congo iaitu 13 KBps, diikuti Republik Afrika Tengah 14 KBps dan Comoros dengan 23 KBps.

Sumber : Berita Harian dan AFP






Selasa, September 20, 2011

SEKITAR JAMUAN HARI RAYA UNIT KAJIAN STRATEGIK

15 September - Unit Kajian Strategik telah mengadakan jamuan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2011. Jamuan ini bertempat di Anjung UKS, Seriab. Para jemputan yang terdiri daripada kakitangan UniMAP serta wakil dari Jabatan luar UniMAP turut hadir memenuhi undangan pada tahun ini. Jamuan bermula pada jam 4.00 petang hingga jam 6.30 petang. Jamuan ini bertujuan mengeratkan hubungan sesama kakitangan serta melebarkan hubungan kerjasama di antara Unit Kajian Strategik dengan badan-badan kerajaan yang lain. Program seperti ini adalah perlu dijadikan program wajib bagi merealisasikan hubungan baik UniMAP melalui Unit Kajian Strategik dengan pihak luar dari UniMAP.


                Timbalan Pendaftar UniMAP, En. Zuber Bin Hj. Mohamed beramah mesra


                                       Antara jemputan yang memenuhi undangan pada kali ini.



Guru-guru dari Majlis Guru Cemerlang Perlis


Pengarah Unit Kajian Strategik, En. Hirwan Jasbir Bin Jaafar bersama Dr. Idris serta Y.Bhg. Dato' Naib Canselor UniMAP sedang menikmati hidangan yang disediakan 

                          Kakitangan UniMAP yang hadir memeriahkan majlis pada petang tersebut



                           Kakitangan Unit Kajian Strategik bergambar bersama Y.Bhg. Naib Canselor

'Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari semua kakitangan Unit Kajian Strategik, Universiti Malaysia Perlis'

AGENSI DI MALAYSIA YANG MENGIKTIRAF NEGERI MAJU

UNIT PERANCANG EKONOMI, JABATAN PERDANA MENTERI(UPE)


 
SEJARAH :

 
Unit Perancang Ekonomi adalah agensi utama kerajaan yang bertanggungjawab untuk menyediakan pelan pembangunan Negara. Unit ini telah ditubuhkan pada tahun 1961, di mana ia berkembang dari Sekretariat Ekonomi Jawatankuasa Ekonomi Majlis Eksekutif Persekutuan Malaysia, ialah untuk “memfokuskan pelan pembangunan, perlaksanaan pelan yang berisiko tinggi dan segala bentuk bantuan luar”. Pada tahun itu, Kerajaan juga menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Perancangan Negara, dengan Unit Perancang Ekonomi sebagai sekretariatnya. Sementara Kabinet terus mengekalkan tanggungjawab utama bagi perancangan di negara ini, Jawatankuasa Pembangunan Perancangan Negara telah dipertanggungjawabkan untuk merumuskan, melaksana, menilai kemajuan, dan menyemak pelan-pelan pembangunan. Semenjak penubuhannya hampir 43 tahun lalu, fungsi UPE pada dasarnya tidak berubah meskipun ada fungsi-fungsi tambahan sejajar dengan penekanan ke atas perubahan dasar pembangunan.

FUNGSI :

 
Berikut merupakan fungsi-fungsi Unit Perancang Ekonomi :

 
• Merangka dasar dan strategi untuk pembangunan sosio-ekonomi;

 
• Menyediakan rancangan pembangunan jangka sederhana dan panjang;

 
• Menyediakan belanjawan bagi program dan projek pembangunan;

 
• Mengawal dan menilai pencapaian program dan projek pembangunan;

 
• Menasihati Kerajaan mengenai isu-isu ekonomi;

 
• Mengenalpasti dan melaksanakan penyelidikan ekonomi;

 
• Menyelaras penglibatan Malaysia dalam Pembangunan Pertumbuhan Segitiga;

 
• Menggubal dan melaksanakan dasar-dasar dan garis panduan pelaburan asing; dan

 
• Menimbang dan memperakukan cadangan penyusunan semula ekuiti syarikat selaras dengan dasar penyususunan semula ekuiti korporat.

 

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA, KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

 
Fungsi JPBD Semenanjung Malaysia

 
Bagi memastikan perancangan kegunaan, pembangunan dan pemeliharaan tanah yang sempurna, JPBD memainkan peranan melalui fungsi-fungsinya di tiga peringkat kerajaan iaitu persekutuan, negeri dan tempatan seperti berikut:

 
Peringkat Persekutuan

 
• Memberi nasihat kepada Kerajaan Persekutuan dalam semua hal perancangan yang berkaitan dengan penggunaan dan pembangunan tanah;

• Bertindak sebagai urusetia kepada Majlis Perancang Fizikal Negara yang dibentuk di bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172);

 • Menggalakkan sistem perancangan yang komprehensif, efektif dan efisyen melalui undang-undang perancangan, metodologi perancangan, kajian perancangan, piawaian dan prosedur perancangan;

 • Menterjemahkan dasar sosioekonomi nasional kepada bentuk fizikal dan spatial mengikut formula guna tanah dan dasar serta program penempatan;

 • Membantu kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi kerajaan dalam penyediaan Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan Daerah; dan

 
• Menyelia, mengemaskini dan menerbitkan perangkaan, buletin dan kaedah yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa.

 

 Peringkat Negeri

 
• Bertindak sebagai penasihat utama kepada kerajaan negeri dalam semua hal perancangan, termasuk penggunaan dan pembangunan tanah;

 
• Berfungsi sebagai Setiausaha bagi Jawatankuasa Perancang Negeri yang ditubuhkan di bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172);

 
• Menasihati Pihak Berkuasa Tempatan berhubung dengan dasar dan kawalan perancangan tanah dan bangunan;

 
• Mengawal pembangunan dalam negeri termasuklah kelulusan dan kawal selia ke atas pelaksanaan rancangan pemajuan;

 
• Membantu dalam penyediaan tataatur bagi projek khas yang dikendalikan kerajaan negeri; dan

 
• Mengendalikan kajian dan penyelidikan berkenaan penggunaan dan pembangunan tanah.

 

 Peringkat Tempatan

 
• Merancang, menyelaras dan mengawal penggunaan dan kemajuan tanah dan bangunan dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan;

 
• Mengendalikan, membantu dan menggalakkan pengumpulan, pengemaskinian dan penerbitan statistik, buletin, monograf dan penerbitan lain yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa serta kaedahnya; dan melaksanakan tugas lain yang berkenaan yang dipertanggungjawabkan oleh Pihak Berkuasa Negeri atau Jawatankuasa Perancang Negeri dari masa ke semasa

 

 Bahagian Perancangan Wilayah,JPBD Semenanjung

 
Pengenalan

 

 Bahagian IIA, Seksyen 6A Akta Perancangan Bandar dan Desa,1976 (Akta 172) memperuntukkan penubuhan Jawatankuasa Perancang Wilayah (JPW) bagi sesuatu wilayah yang terdiri daripada satu kawasan yang terletak di dalam dua Negeri atau lebih.

  
Antara tugas dan fungsi utama Jawatankuasa Perancang Wilayah adalah untuk menyediakan Rancangan Wilayah secara komprehensif bagi memandu dan menyelaras pemajuan sesuatu wilayah seperti yang dinyatakan dalam Perenggan 6A(5)(b) Akta 172.

  
Objektif

 
• Melaksanakan peruntukan Seksyen 6A Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan menggerakkan fungsi-fungsi Jawatankuasa Perancangan Wilayah (JPW).

 
• Mengukuhkan pembangunan wilayah dari segi fizikal, sosial dan ekonomi selaras dengan Pembangunan Nasional.

 
• Menasihat dan membantu Jawatankuasa Perancang Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam wilayah selari dengan dasar-dasar negara.

 
• Membantu Jabatan di dalam merangka dan merancang projek-projek berkepentingan nasional.

 

 Fungsi

 

 Unit Urusetia Jawatankuasa Perancang Wilayah (JPW)

 
• Menjalankan Tugas-Tugas Mengenai Penubuhan Jawatankuasa Perancang Wilayah Dan Pewartaan Wilayah Berkenaan Dan Keahlian JPW Oleh Menteri Yang

 
• Bertanggungjawab Dalam Bidang Perancangan Bandar Dan Desa

 
• Menjalankan Tugas-Tugas Keurusetiaan Jawatankuasa Perancang Wilayah

 
o JPW Kuala Lumpur Conurbation

 
o JPW George Town Conurbation

 
o JPW Kuantan Conurbation Membantu Pihak-Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak-Pihak Berkuasa Perancang Tempatan dalam melaksanakan Rancangan Wilayah

 
• Menyelaras Polisi, Garis Panduan Dan Penggunaan Ttanah Di Kawasan Sempadan

 
• Membantu Menjalankan Penyelidikan Yang Perlu Bagi Sesuatu Wilayah

 
• Membantu Mewujudkan Proses Dan Tatacara Yang Seragam Untuk Digunakan Oleh Kerajaan Persekutuan Dan Kerajaan Negeri Serta Pihak Berkuasa Perancang Tempatan Bagi Wilayah Berkenaan

 

 Unit Rancangan Wilayah

 

 • Menyediakan Rancangan Wilayah yang komprehensif / Regional Functional Plan (mengikut subject matter) untuk memandu dan menyelaras pemajuan wilayah berkenaan

 
• Menyediakan Kajian Wilayah Central Forest Spine (CFS) – Master Plan For Ecological Linkages

 
• Mengkaji semula Rancangan Wilayah

 
• Membangunkan pangkalan data untuk kegunaan perancangan dan pembangunan wilayah

 
• Menyediakan Rancangan Kawasan Khas bagi kawasan melampaui sempadan Negeri

 
• Menterjemah dan melaksanakan Rancangan Fizikal Negara (RFN) di peringkat wilayah

 

 Unit Projek Berkepentingan Nasional

 

 • Melaksanakan tugas perancangan dan pemantauan Projek / Kajian Berkepentingan Nasional seperti Pelaksanaan Pembangunan Cyberjaya dan Kajian Tahap Tampungan dan Garis

 
• Panduan Pembangunan Pulau-Pulau

 
• Menyediakan perkhidmatan kepakaran teknikal dan menawarkan perkhidmatan kepada pihak-pihak yang memerlukan Perancangan sempadan antarabangsa

 

 Piagam Pelanggan

 

 • Menyediakan Kertas Cadangan Penubuhan Jawatankuasa Perancangan Wilayah

 
• Menyediakan Rancangan Wilayah Dalam Tempoh 6 – 18 Bulan

 

 

 

PERKEMBANGAN BANJIR DI NEGERI PERLIS

Keadaan banjir yang melanda negeri Perlis yang bermula dari 11 September 2011 yang lalu dilihat semakin pulih setelah 2 hari pemantauan. Bagi pihak Bilik Gerakan Pusat UniMAP ini adalah keadaan yang diharapkan bagi mengelak keadaan menjadi lebih serius. Setakat ini, Bilik Gerakan Bencana Banjir Pusat UniMAP telah merekodkan hanya 16 orang kakitangan yang terlibat dengan banjir. Tiada rekod penambahan yang baru diterima sehingga kini.


Manakala bagi Pusat Gerakan Banjir Negeri (JKMNPerlis) sehingga jam 10 pagi tadi memaklumkan semua Pusat Pemindahan Banjir di kawasan Padang Besar dan Arau telah ditutup. Baki 10 pusat pemindahan banjir di kawasan Kangar masih beroperasi.







                                        Gambar keadaan banjir di sekitar kawasan Padang Besar






                                                      Keadaan banjir di kawasan Kangar





                                                              Banjir di kawasan Arau