Khamis, Januari 27, 2011

MENJADI NEGARA MAJU

0leh: Hirwan Jasbir Bin Jaafar



Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengistiharkan Wawasan 2020 pada tanggal 28 Februari 1991. Wawasan 2020 adalah satu wawasan yang menterjemahkan hasrat rakyat untuk meletakkan kedudukan negara Malaysia sebagai sebuah negara maju di mata dunia. Kini tahun 2020 hanya tinggal 9 tahun sahaja lagi untuk digapai, persoalannya adakah kita sudah memahami apa itu negara maju dan apakah kriteria untuk menjadi sebuah negara maju? Walaupun tidak ada kriteria tertentu untuk dijadikan asas menentukan sesebuah negara maju, namun kriteria berikut seringkali diutarakan sebagai petunjuk kepada kedudukan sesebuah negara maju. Kriteria tersebut ialah:

i. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)


ii. Indeks Pembangunan Manusia (HDI)


iii. Pendapatan Per Kapita


iv. Taraf Hidup yang Tinggi


v. Kuasa Beli (PPP)


Terdapat beberapa agensi yang telah menentukan kriteria sesebuah negara maju seperti Pertubuhan Bagi Kerjasama Dan Pembangunan Ekonomi(OECD), Bank Dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB). Penilaian yang digunapakai oleh mereka dalam menentukan sesebuah negara maju turut berbeza. Mengikut Pertubuhan Bagi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), untuk menjadikan sesebuah negara itu diiktiraf sebagai sebuah negara maju, terdapat lima aspek penting meliputi ekonomi, sosial, infrastruktur, alam sekitar dan pentadbiran perlu dipenuhi. Lima aspek penting itu meliputi 32 indikator yang telah ditetapkan oleh OECD. Manakala Bank Dunia pula menggunakan hasil pendapatan negara kasar per kapita sebagai indikator utama untuk menentukan sesebuah negara maju. Bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) pula kaedah menentukan negara maju adalah berdasarkan wilayah dimana mereka mengkategorikan negara maju berdasarkan wilayah yang maju.

Namun sejuahmana tepatnya kriteria yang ditentukan oleh ketiga-tiga agensi ini masih boleh dipertikai kerana maksud atau istilah negara maju itu sesuatu yang subjektif dan bergantung kepada sesebuah negara. Oleh yang demikian, kita bebas untuk memilih kriteria yang bagaimana diperlukan oleh rakyat dan kerajaan untuk menjadi sebuah negara maju. Menjadi sebuah negara maju adalah idaman setiap kerajaan yang memerintah negara-negara di dunia ini. Justeru usaha dan perancangan yang strategik perlu dilaksanakan dalam memastikan usaha tersebut tercapai.

Sekian.......


Rujukan :


Abdul Rahim Anuar & Zulikha Jamaludin (2005) Agenda ICT Ke Arah Pembangunan K-Ekonomi Malaysia, Penerbit Universiti Utara Malaysia Sintok.


Abu Sufian Abu Bakar & Normizan Bakar Rencana: Klasifikasi Negara Maju: Implikasi Kepada Perbincangan Kedah Maju 2010. Buku Koleksi Rencana: Kearah Kedah Maju: Antara Perancangan Dan Keupayaan. Penerbit Universiti Utara Malaysia.



 


                                                                    Amerika Syarikat


                                                                             Australia