Pada 14 Oktober 2009 baru-baru ini telah diadakan majlis pelancaran Website Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA 2010) yang bertempat di Hotel Putra Palace. Website ini telah dilancarkan oleh Y.Bhg. Brigedier Jeneral Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin yang juga Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Seminar ini akan diadakan pada 25-27 Februari 2010 di Melaka. Seminar ini juga adalah anuran bersama Kerajaan Negeri Melaka. Seminar yang akan melibatkan golongan pendidik dan cendekiawan Melayu di peringkat antarabangsa dan rumpun ASEAN. Tujuan seminar ini adalah memahami perkembangan Pendidikan Melayu di Malaysia dan peringkat antarabangsa selain itu juga seminar ini dijadikan platform untuk menilai semula senario semasa tentang kedudukan Pendidikan Melayu di Malaysia dan Antarabangsa serta membincangkan halatuju pendidikan Melayu pada masa kini.
Jumaat, Oktober 23, 2009
Khamis, Oktober 15, 2009
KEM SCORE 'A' PROGRAM DIDIK CEMERLANG
Pada 28 - 30 September 2009, Unit Kajian Strategik telah mengadakan satu program yang menaikkan nama Universiti Malaysia Perlis dalam sumbangan terhadap sektor Pendidikan di Negeri Perlis. Program Kem Score 'A' Didik Cemerlang 2009 telah berjalan dengan lancar di Dusun Resort, Kuala Neran, Kedah. Program ini adalah hasil anjuran bersama Kementerian Pengajian Tinggi, Universiti Malaysia Perlis, Jabatan Pelajaran Perlis, Majlis Guru Cemerlang Negeri Perlis dan juga Yayasan Tuanku Syed Putra. Program ini melibatkan pelajar yang dikategorikan cemerlang di sekolah masing-masing yang akan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM tahun ini. Beberapa slot selain kelas bimbingan turut diadakan. Antaranya slot motivasi bersama YAB Dato' Seri DR Md Isa Bin Sabu yang juga Menteri Besar Perlis serta Exco Pendidikan Negeri, sesi motivasi bersama Y.Bhg. Brigedier Jeneral Dato' Prof. Dr. Kamarudin Hussin, yang juga Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis. Kem ini diakhiri dengan sesi bersama Pengarah Jabatan Pelajaran Perlis, Encik Mansor Bin Lat yang seterusnya menutup Kem yang berlansung selama 3 hari 2 malam ini.
Selasa, Oktober 13, 2009
Sekilas Pandang 1 Malaysia
1Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Ia menyediakan peluang untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian perspektif masyarakat kita. Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita. Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan. Saya berharap agar laman web ini akan menjadi permulaan kepada satu dialog yang penting dan terbuka bagi menerokai identiti, tujuan dan hala tuju kita sebagai rakyat Malaysia. Saya menggalakkan setiap orang daripada anda menyertai saya dalam memberikan takrifan kepada Malaysia kita dan peranan yang perlu kita mainkan untuk masa hadapannya. Setiap kita – di sebalik segala perbezaan kita – berkongsi impian untuk satu masa hadapan yang lebih baik. Setiap kita mahukan peluang, dihormati, persahabatan dan saling memahami.
Jumaat, Oktober 02, 2009
MAKLUMAT KAKITANGAN UKS
KAKITANGAN & DIREKTORI
UNIT KAJIAN STRATEGIK
PENYELARAS (DS45)
Hirwan Jasbir B. Jaafar
No. Tel – 04-9798565
hirwan@unimap.edu.my
PENOLONG PENDAFTAR (N41)
Raja Shah Erman B. Raja Arifin
No. Tel – 04-9798569
rajashah@unimap.edu.my
PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (F41)
Mohd Hizazy B. Yusof
No. Tel – 04-9798568
hizazy@unimap.edu.my
UNIT KAJIAN STRATEGIK
PENYELARAS (DS45)
Hirwan Jasbir B. Jaafar
No. Tel – 04-9798565
hirwan@unimap.edu.my
PENOLONG PENDAFTAR (N41)
Raja Shah Erman B. Raja Arifin
No. Tel – 04-9798569
rajashah@unimap.edu.my
PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (F41)
Mohd Hizazy B. Yusof
No. Tel – 04-9798568
hizazy@unimap.edu.my
PENOLONG PEGAWAI TADBIR (N27)
Mohammad Jabbar Tariq B. Alizul Pakar
No. Tel - 04-9798566
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) (N17)
Hasnah Bt. Harun
No. Tel - 04-9798566
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) (N17)
Sharifah Sabrina Bt. Syed Mustaffa
No. Tel - 04-9798566
PEMBANTU AM PEJABAT (N1)
Dzairi Asrul B. Dzainol
No.Tel - 04-9798566
OBJEKTIF UNIT KAJIAN STRATEGIK
Mewujudkan kerjasama dalam menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan perundingan berkaitan pembangunan pendidikan, politik, ekonomi dan sosial di Negeri Perlis khususnya dan Nasional amnya.
Menganjurkan program secara berkala kepada masyarakat bagi tujuan percambahan minda untuk melahirkan formula pembangunan dalam semua sudut pendidikan, ekonomi, sosial dan politik.
Membantu Kerajaan Negeri Perlis dalam usaha meningkatkan pertumbuhan KDNK dalam pelbagai bidang aktiviti ekonomi serta pembangunan pendidikan, sosial dan politik melalui penawaran kepakaran staf dan kemudahan termoden di UniMAP;
Membantu Kerajaan Negeri Perlis dalam usaha memastikan pembangunan prasarana yang seimbang bagi setiap kampung dalam negeri Perlis.
MISI UNIT KAJIAN STRATEGIK
Sumber rujukan kepada Kerajaan Negeri Perlis dalam hal ehwal pembangunan Negeri Perlis.
LATAR BELAKANG UNIT
Perlis merupakan negeri yang terkecil dan terletak di utara Semenanjung Malaysia. Thailand merupakan negara jiran yang paling hampir dengan negeri Perlis. Keluasan seluruh negeri Perlis adalah 795 km/segi dan mempunyai populasi seramai 250,000 orang. Walaupun Perlis terletak jauh di Semenanjung Utara Malaysia, namun pembangunan terancang terus dirasai oleh negeri ini. Baru-baru ini, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM35 juta dalam Pelancaran Koridor Ekonomi Wilayah (NCER) yang mana Perlis dirancang sebagai pusat logistik antara Thailand & Indonesia (IMT-GT) yang menempatkan Halal Hub disamping kemudahan pengangkutan termoden dengan wujudnya landasan keretapi berkembar dari Padang Besar ke Ipoh. Bagi menjamin kelancaran logistik antara Perlis dan negeri-negeri lain, ’coastal highway’ juga akan dibina dari Simpat Empat, Perak ke Kuala Perlis. Dengan minat yang ditunjukkan oleh negeri Perlis terhadap penyelidikan produk herba, maka Technology Park Malaysia telah bersetuju untuk melabur sebanyak RM30 juta bagi menjana usaha-usaha penyelidikan di Taman Herba Perlis. Semuanya bagaikan mimpi bagi sebuah negeri yang penduduknya hanya 250,000 orang sahaja. Namun, ia ibarat ’durian runtuh’ bagi kita semua. Dengan wawasan utama Negeri Perlis ialah untuk menjadi sebuah negeri maju dengan ekonomi mantap dan masyarakat yang berpendidikan serta berkemahiran tinggi menjelang tahun 2020, maka inilah masanya. Justeru itu, Kerajaan Negeri Perlis telah menetapkan Tahun 2015 sebagai tahun Perlis Maju iaitu kurang 6 tahun dari sekarang. Untuk itu, berdasarkan kepada matlamat ini, Universiti Malaysia Perlis amat optimis dalam memainkan peranan utamanya sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang mempunyai kepakaran dalam bidang kejuruteraan dan penyelidikan untuk membantu memantapkan usaha kerajaan Negeri bagi mencapai wawasan yang telah ditetapkan selaras dengan saranan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Canselor UniMAP yang menawarkan kepakaran UniMAP kepada Y.A.B Dato’ Dr. Md. Isa B. Sabu, Menteri Besar Perlis. Rentetan dari itu, untuk memastikan segala perancangan berjalan seperti yang ditetapkan dan beberapa siri perbincangan bersama Tuanku Canselor, YAB Menteri Besar Perlis dan warga UniMAP, maka UniMAP melalui Naib Canselornya, Y.Bhg. Kol. Prof. Dato’ Dr. Kamarudin Hussin telah bersetuju untuk menubuhkan Unit Kajian Strategik bagi tujuan membantu Kerajaan negeri Perlis dalam merangka Pelan Strategik Perlis Maju 2015. Pelan ini dirangka bukan sahaja bagi tujuan menjana pertumbuhan ekonomi melalui kepakaran dan meningkatkan penguasaan ilmu di kalangan masyarakat Negeri Perlis, malah memantapkan modal insan yang seimbang dalam aspek kesedaran politik dan sosioekonomi. Dan bagi mempelbagaikan percambahan idea dan pengalaman, maka satu sekretariat iaitu Fellow Penyelidik juga diwujudkan dalam unit ini dengan menggabungkan kepakaran & kecekapan individu dalam bidang-bidang tertentu.
Jika dilihat dari konsepnya, maka apa sahaja hasil dapatan dari setiap kajian yang dilakukan, maka akan dibentangkan kepada YAB Menteri Besar. Oleh itu, untuk menjayakan hasrat ini penubuhan Unit Kajian Strategik dicadangkan sebagai satu sekretariat dibawah Pejabat Naib Canselor UniMAP yang bertindak untuk membantu dalam merangka dan memantau perlaksanaan setiap Pelan Strategik Perlis Maju 2015.
Jika dilihat dari konsepnya, maka apa sahaja hasil dapatan dari setiap kajian yang dilakukan, maka akan dibentangkan kepada YAB Menteri Besar. Oleh itu, untuk menjayakan hasrat ini penubuhan Unit Kajian Strategik dicadangkan sebagai satu sekretariat dibawah Pejabat Naib Canselor UniMAP yang bertindak untuk membantu dalam merangka dan memantau perlaksanaan setiap Pelan Strategik Perlis Maju 2015.
Langgan:
Catatan (Atom)