Salam 1 Malaysia
Laman web adalah salah satu medium untuk mendapatkan maklumat. Taip sahaja nama perkara yang ingin kita mahu, tidak sampai seminit maklumat yang diperolehi akan muncul. Tidak kira apa jenis enjin pencarian yang kita guna samada google, mozilla firefox mahupun google chrome, kemudahan mendapatkan maklumat masakini tidak boleh dinafikan. Namun begitu. pasti ramai yang tidak tahu laman web apa yang sering pengguna internet di Malaysia layari. Di bawah ini ada dilampirkan hasil kajian yang dijalankan oleh Alexa Ranking untuk tatapan semua sebagai penambah maklumat :
Dapat dilihat, laman web Facebook adalah pilihan utama pengguna Internet di Malaysia kini. dari beberapa segi, dilihat kecenderungan rakyat Malaysia menggunkan Facebook ini agak membimbangkan sebenarnya. manakan tidak, mungkin akan terabai tugas ataupun kerja kerana asyik melayari Facebook ataupun FB ini. Bagi golongan pelajar pula, melayari laman web sosial seperti ini akan membuang masa yang boleh diperuntukkan untuk belajar. Kita tidak menghalang penggunaan FB ini, namun adalah dinasihatkan jadilah pengguna yang bijak. Pengguna perlu pandai membahagikan masa untuk melayari internet ini, jika tidak pasti akan memberi masalah. Bagi pekerja-pekerja di sektor awam mahupun swasta, pastikan produktiviti anda berada pada tahap yang tinggi kerana, kerja kita di nilai dari hasil yang diperolehi bukan daripada berapa kerap kita dipanggil masuk menghadap bos...kerana membuang masa melayari FB.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan