Pada 27 hingga 30 Disember 2009, Unit Kajian Strategik sekali lagi mengadakan Bengkel Penulisan Buku Sejarah Perlis kali ketiga. Bengkel ini telah diadakan di Corus Hotel, Kuala Lumpur. Bengkel kali ini turut dihadiri oleh Pakar Rujuk yang dilantik iaitu Y.Bhg. Dato' Prof. Hjh. Ramlah Adam iaitu Sejarawan Malaysia yang terkenal. Bengkel ini lebih banyak berkisar tentang proses penambahbaikkan isi Buku yang telah dilancarkan manuskripnya oleh DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis pada bulan September 2009.
Dibengkel ini, para penulis dan penyelidik buku dari UniMAP mendapat maklumbalas dari Pakar Rujuk mengenai hasil yang sedia ada untuk ditambah dari segi kandungan. selain itu juga, bengkel ini turut dijadikan medan pertukaran pendapat sesama penulis dan penyelidik dalam usaha menerbitkan Buku Sejarah Perlis ini pada masa yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan UniMAP. Dibawah ini disertakan gambar sekitar bengkel tersebut.