Isnin, Januari 25, 2010

Bengkel Penulisan Buku Sejarah Perlis di Corus Hotel, Kuala Lumpur

Pada 27 hingga 30 Disember 2009, Unit Kajian Strategik sekali lagi mengadakan Bengkel Penulisan Buku Sejarah Perlis kali ketiga. Bengkel ini telah diadakan di Corus Hotel, Kuala Lumpur. Bengkel kali ini turut dihadiri oleh Pakar Rujuk yang dilantik iaitu Y.Bhg. Dato' Prof. Hjh. Ramlah Adam iaitu Sejarawan Malaysia yang terkenal. Bengkel ini lebih banyak berkisar tentang proses penambahbaikkan isi Buku yang telah dilancarkan manuskripnya oleh DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis pada bulan September 2009.
Dibengkel ini, para penulis dan penyelidik buku dari UniMAP mendapat maklumbalas dari Pakar Rujuk mengenai hasil yang sedia ada untuk ditambah dari segi kandungan. selain itu juga, bengkel ini turut dijadikan medan pertukaran pendapat sesama penulis dan penyelidik dalam usaha menerbitkan Buku Sejarah Perlis ini pada masa yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan UniMAP. Dibawah ini disertakan gambar sekitar bengkel tersebut.




Majlis 'High Tea' Bersama Majlis Guru Cemerlang Perlis

Pada 11 Disember 2009 telah berlangsung satu majlis ramah mesra Majlis Guru Cemerlang Negeri Perlis bersama Y.Bhg. Brig. Jen. Dato' Prof. Dr. Kamarudin Bin Hussin yang juga naib Canselor Universiti Malaysia Perlis( UniMAP ).
Antara tujuan utama majlis ini diadakan adalah sebagai salah satu cara penghargaan UniMAP terhadap Majlis Guru Cemerlang Perlis terhadap kejayaan Program anjuran bersama UniMAP iaitu Program Pemerkasaaan pelajar Cemerlang Negeri Perlis 2009. Selain kejayaan yang telah dicipta untuk tahun 2009, program yang mengambil masa selama tiga tahun ini akan diteruskan untuk tahun 2010 dan 2011 nanti. Apa yang diharapkan dari program ini sedikit sebanyak usaha UniMAP untuk membantu meningkatkan kecemerlangan Pendidikan di negeri Perlis akan tercapai. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dan mendapat kerjasama sepenuhnya dari Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.