ISI UTAMA BAJET 2011 NEGERI PERLIS
Agenda Perlis Maju 2015 menjadi keutamaan dalam pembentangan bajet 2011 Kerajaan Negeri Perlis dalam siding Dewan Undangan Negeri Perlis baru-baru ini. Dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr Md Isa Bin Sabu, Menteri Besar Perlis yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong. Peruntukkan ini diterjemahkan seperti gambaran dibawah :
Berdasarkan jadual di atas, jumlah bajet bagi pengurusan tahun 2011 telah meningkat berbanding bajet pengurusan tahun sebelumnya iaitu daripada 143 juta tahun 2010 kepada 174 juta tahun 2011 yang akan dating. Peningkatan ini adalah sebanyak 22 peratus.
Bagi perbelanjaan untuk pembangunan pada tahun 2011, peruntukkan sebanyak RM 88 juta akan diberi berbanding tahun 2010 iaitu sebanyak 57 juta sahaja. Sebanyak 60 peratus peningkatan dalam sektor pembangunan dalam usaha kerajaan negeri member fokus terhadap projek pembangunan berskala besar yang akan member kesan langsung kepada pembangunan sosio-ekonomi rakyat di negeri Perlis. Beliau turut menerangkan sumber pendapatan bagi pembangunan ini diperolehi daripada pemberian wajib kerajaan Persekutuan kepada kerajaan Negeri seperti Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastuktur dan Kesejahteraan Hidup Rakyat (TAHAP) berjumlah RM23 juta dan Pemberian Pertambahan Hasil berjumlah RM15 juta . Pinjaman daripada kerajaan Persekutuan berjumlah RM21 juta juga turut dibuat bagi menjamin kelancaran pembangunan yang berterusan di negeri Perlis dan juga caruman kerajaan Negeri sebanyak RM29 juta bagi menampung ketidakcukupan di dalam Kumpulan Wang Pembangunan. Jadual di bawah menunjukkan pecahan perbelanjaan bagi pembangunan :
Bagi perbelanjaan pengurusan:
Bagi memastikan kelancaran pentadbiran kerajaan negeri, perbelanjaan bagi pengurusan turut dititikberatkan. Ini dapat dilihat terhadap peningkatan sebanyak 22 peratus ataupun sebanyak RM31 juta pada tahun 2011 menjadi jumlah peruntukan sebanyak RM174 juta. Pada tahun 2010, jumlah perbelanjaan mengurus adalah sebanyak RM143 juta sahaja. Pecahan peruntukkan dibawah pengurusan adalah seperti dibawah :
Bajet mengurus ini akan dibiayai daripada anggaran hasil kerajaan negeri berjumlah RM89 juta dengan anggaran hasil pertambahan RM21.9 juta ataupun 33% berbanding RM67 juta pada 2010.
Anggaran jumlah hasil dan perbelanjaan oleh kerajaan negeri Perlis adalah seperti dibawah :
Berlaku peningkatan defisit sebanyak 12 peratus bagi tahun 2011 ini.
Kesimpulan :
Secara keseluruhannya, Belanjawan 2011 ini memfokuskan usaha kerajaan negeri untuk memastikan segala keperluan dan kehendak rakyat diberikan keutamaan dan limpahan ekonomi diagihkan secara adil tanpa mengira perbezaan latar belakang agama,politik, bangsa dan budaya.
Khamis, Disember 16, 2010
Jumaat, Oktober 22, 2010
Jemputan ke Perasmian Kampus UniMAP Seriab
Pada 26 Oktober 2010 ini akan diadakan Majlis Perasmian Kampus UniMAP Seriab. Kompleks yang sudah beroperasi sejak tahun 2009 ini merangkumi 4 blok utama iaitu A,B,C dan D. Kebanyakkan PTJ yang beroperasi disini adalah yang dahulunya beroperasi di Bangunan KIK, Kompleks Pentadbiran Taman Kechor serta KWSP. Anda semua dijemput bagi memeriahkan perasmian yang akan disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Dr Md Isa Bin Sabu, Menteri Besar Perlis.
TENTATIF PROGRAM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN KOMPLEKS UniMAP KAMPUS SERIAB
26hb Oktober 2010 (Selasa), Perkarangan Blok A & B
AKTIVITI PAGI
MASA | AKTIVITI/PROGRAM | LOKASI |
9.00 pagi | Bicara Tokoh : “ Ilmu Teras Kepimpinan Unggul” Ahli Panel : i) Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh ii) Y.Bhg. Naib Canselor UniMAP Moderator : Penyelaras, Unit Kajian Strategik | Khemah Utama – Perkarangan Blok A |
Diskusi Kluster bersama Industri | Makmal-Makmal Kluster di Blok B | |
Pagi - | Studio Photoshoot Individu/Kumpulan | Studio Unit Multimedia – Blok C |
Petang | Postgraduate Open Day | Bilik Diskusi & Mesyuarat Blok A |
Pameran, Jualan, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Kuiz & Cabutan Bertuah : i) Unit Kajian Strategik ii) Unit Penerbitan iii) Pusat Pembangunan Korporat & Kualiti iv) Pusat Pengajian Siswazah v) Unit Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan vi) Kluster Penyelidikan | Perkarangan Blok B | |
Lawatan Terbuka Institut Kejuruteraan NANO Elektronik (INEE) | Makmal (INEE), Blok A |
MAJLIS PERASMIAN
MASA | AKTIVITI/PROGRAM | LOKASI |
10.45 pagi | Ketibaan jemputan | Khemah Utama – Perkarangan |
11.00 pagi | Ketibaan Ketua-Ketua Jabatan UniMAP/Persekutuan/Negeri | Blok A |
11.10 pagi | Ketibaan Naib Canselor | |
11.20 pagi | Ketibaan Keutamaan Negeri | |
11.30 pagi | Ketibaan YAB Menteri Besar Perlis | |
Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Rasmi UniMAP : WAWASANKU | ||
Bacaan Doa | ||
Ucapan Aluan Naib Canselor UniMAP | ||
Ucapan Perasmian oleh Y.A.B Menteri Besar Perlis | ||
Lawatan ke Makmal Institut Kejuruteraan NANO & Pameran | ||
1.00 petang | Jamuan Makan Tengahari | Perkarangan Blok B |
2.00 petang | Majlis Perasmian Tamat |
AKTIVITI PETANG
MASA | AKTIVITI/PROGRAM | LOKASI |
2.00 petang | Bicara Penulisan Ilmiah | Aras 1, Unit Penerbitan, Blok A |
Khamis, September 09, 2010
Selasa, September 07, 2010
4,279,909 juta orang belum mendaftar dengan SPR ??
Daripada 15.6 juta warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas, jumlah yang telah mendaftar dengan SPR sebagai pengundi sehingga bulan Mei 2010 ialah 11,247,525 juta pengundi.
Ini bermakna, baki sebanyak 4.3 juta warganegara masih belum mendaftar walaupun telah mencapai umur 21 tahun.
Itu adalah angka yang diperolehi sehingga bulan Mei 2010. Bagaimana pula dengan angka sehingga Julai 2010?
Berdasarkan rekod terbaru hingga Julai, jumlah pengundi berdaftar telah meningkat sehingga 11,320,091 juta pengundi.
Namun begitu, figure masih tidak banyak berubah. Ada lagi 4,279,909 juta pengundi yang belum berdaftar !! Berapa juta? 4,279,909 JUTA !!!!
Sekarang kita nak salahkan siapa? Salahkan parti politik tidak bekerja kuat? Salahkan mereka yang tidak agresif mendapatkan pengundi baru? Mereka ni dah banyak kali ditegur oleh pemerhati politik termasuk blogger. Lebih-lebih lagi terhadap parti komponen BN - MCA,MIC dan Gerakan. Dah tak boleh nak kata apa dah. Duk lagu tu juga.
Nak kata MCA ada problem rumah tangga? Tak jugak. Semua kan dah ok. Lagipun mereka baru dapat presiden baru. Itulah..jangan asyik buat kongres kemudian keluarkan deklarasi tuntut itu dan ini. Ada orang bagi info, MCA telah menswastakan pendaftaran pengundi baru kepada DAP. Betulke? Mungkin tujuannya nak bagi sindiran pedas pada MCA. Tapi, kalau MCA masih tak terasa hati tak tahulah. Memang korang hati kayu.
Bagaimana dengan MIC?? Samy Vellu cakap dia ada misi iaitu target 25,000 pengundi baru dari kaum India sehingga bulan Ogos. Sehingga bulan Julai berapa MIC dapat? Cuma 1,109 ketul pengundi saja. Bila dengar angka ni, mungkin Samy Vellu akan tepuk dahi dan cakap MMM....I SEE. Jadi, mampukah MIC capai target 25,000 pengundi tu? Kita tunggu laporan SPR akan datang. Kalau tak capai, kita bantai MIC termasuklah si Samy Vellu sekali.
Bagi parti komponen atas nama Barisan Nasional (BN) adalah disarankan agar mengambil tindakan tertentu dalam usaha menambah bilangan pengundi dari parti masing-masing. Ini bagi mengimbangi serta menambah penyokong untuk BN dalam usaha memartabatkan dan mengukuhkan kerajaan menjelang pilihanraya umum ke 13 kelak.

Rabu, Jun 09, 2010
Selasa, Mei 18, 2010
Sekitar sambutan Hari Keluarga Unit Kajian Strategik
Pada 15 hingga 16 Mei 2010 yang lalu bertempat di Rasa Sayang Resort, Sungai Petani Kedah, telah dianjurkan hari keluarga Unit Kajian Strategik yang julung kalinya diadakan. Tujuan utama program ini adalah untuk merapatkan hubungan sesama kakitangan UKS dan keluarga untuk saling berkenalan dan juga bermesra. Program ini bermula pada jam 2.00 petang pada 15 Mei 2010 bertempat di Ampang Bowl, Sungai Petani iaitu pertandingan boling. Pertandingan ini melibatkan 4 kumpulan dan setiap kumpulan akan bercampur diantara ahli keluarga dan kakitangan UKS melalui sistem cabutan undian. Kumpulan yang memenangi pertandingan ini adalah kumpulan yang diketuai oleh Encik Raja Shah Erman iaitu kumpulan 2. Dari segi kejuaraan individu pula telah dirangkul oleh Encik Hirwan Jasbir bin Jaafar.
Selesai pertandingan boling ini semua kakitangan UKS dan ahli keluarga masing-masing bergerak ke tempat penginapan di Rasa Sayang Resort. Pada jam 6.30 petang kesemua ahli keluarga UKS bertolak ke Pulau Sayak untuk menikmati jamuan makan malam. Selesai jamuan makan malam, kami semua pulang ke resort untuk menyertai satu lagi pertandingan iaitu pertandingan karaoke. Selesai pertandingan karaoke, sesi penyampaian hadiah dijalankan kepada pemenang untuk acara boling dan juga karaoke.
Keesokannya kami semua bertolak ke taman tema air The Carnival berhampiran resort dan menghabiskan masa disitu bersama ahli keluarga masing-masing. Selesai kami semua menikmati makan tengahari di The Village Mall Sungai Petani sebelum bertolak pulang ke Perlis jam 3.00 petang 16 Mei 2010.
Diharapkan program tahunan seperti ini akan dapat diadakan lagi pada masa yang akan datang. Ini adalah penting untuk mengukuhkan ikatan sesama kakitangan UKS dan juga memupuk semangat kekeluargaan yang lebih erat.
Isnin, Mac 15, 2010
Keluh kesah isu 16 Program Pengajian di UniMAP tidak diiktiraf
Salam hormat, saya terpanggil untuk menulis artikel mengenai isu panas ini iaitu 16 Program Pengajian di UniMAP tidak diiktiraf. Apa yang dikesalkan disini adalah banyak mata yang tidak tahu pengorbanan dan usah yang berhempas pulas oleh pihak Pengurusan UniMAP untuk memperolehi pengiktirafan ini dari badan Lembaga Jurutera Malaysia(BEM) dan juga Agensi Kelayakan Malaysia(MQA). Adakah pihak luar terutamanya pihak yang hanya duduk dan tengok sahaja ini tahu apa yang Pengurusan UniMAP buat? Jangan hanya pandai untuk menunding jari terhadap Pengurusan. Usaha dari UniMAP telah banyak dijalankan untuk memiliki pengiktirafan ini. Sebagai contoh, UniMAP sendiri telah dinilai oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Begitu juga badan Lembaga Jurutera Malaysia juga telah hadir di UniMAP untuk melakukan penilaian. Jangan kerana terlampau cepat pengiktirafan lambat laun lain jadinya. Di pihak Kementerian Pengajian Tinggi juga telah memainkan peranan mereka. Melalui lawatan YB Menteri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ke UniMAP beliau secara terang-terangan kagum dengan apa yang telah diperolehi UniMAP hari ini. Isu graduan UniMAP tidak mendapat pekerjaan, ini isu lapuk kerana boleh dikatakan hampir 100% graduan UniMAP selepas bergraduat telah memiliki pekerjaan. Apa lagi yang mahu disangkal? Pihak kami merasakan ada pihak yang tidak selesa dengan pencapaian UniMAP ini. Apa yang diharapkan agar pihak-pihak ini dapat membuka mata mereka dan juga faham situasi pendidikan di UniMAP yang memang memartabatkan para pelajar sebagai Jurutera Glokal yang mampu memenuhi keperluan negara masakini. Graduan UniMAP lebih mendapat permintaan dalam sektor pekerjaan berbanding dengan IPTA lain. Renungkan....
Dari web : www.malaysia-instict.com
http://www.malaysia-instinct.com/english/index.php?option=com_content&view=article&id=13475:pecat-sahaja-mohamed-khaled-nordin-lepas-itu-vc-unimap-pula&catid=51:berita-utama&Itemid=29

Isnin, Januari 25, 2010
Bengkel Penulisan Buku Sejarah Perlis di Corus Hotel, Kuala Lumpur
Pada 27 hingga 30 Disember 2009, Unit Kajian Strategik sekali lagi mengadakan Bengkel Penulisan Buku Sejarah Perlis kali ketiga. Bengkel ini telah diadakan di Corus Hotel, Kuala Lumpur. Bengkel kali ini turut dihadiri oleh Pakar Rujuk yang dilantik iaitu Y.Bhg. Dato' Prof. Hjh. Ramlah Adam iaitu Sejarawan Malaysia yang terkenal. Bengkel ini lebih banyak berkisar tentang proses penambahbaikkan isi Buku yang telah dilancarkan manuskripnya oleh DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis pada bulan September 2009.
Dibengkel ini, para penulis dan penyelidik buku dari UniMAP mendapat maklumbalas dari Pakar Rujuk mengenai hasil yang sedia ada untuk ditambah dari segi kandungan. selain itu juga, bengkel ini turut dijadikan medan pertukaran pendapat sesama penulis dan penyelidik dalam usaha menerbitkan Buku Sejarah Perlis ini pada masa yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan UniMAP. Dibawah ini disertakan gambar sekitar bengkel tersebut.

Majlis 'High Tea' Bersama Majlis Guru Cemerlang Perlis
Pada 11 Disember 2009 telah berlangsung satu majlis ramah mesra Majlis Guru Cemerlang Negeri Perlis bersama Y.Bhg. Brig. Jen. Dato' Prof. Dr. Kamarudin Bin Hussin yang juga naib Canselor Universiti Malaysia Perlis( UniMAP ).
Antara tujuan utama majlis ini diadakan adalah sebagai salah satu cara penghargaan UniMAP terhadap Majlis Guru Cemerlang Perlis terhadap kejayaan Program anjuran bersama UniMAP iaitu Program Pemerkasaaan pelajar Cemerlang Negeri Perlis 2009. Selain kejayaan yang telah dicipta untuk tahun 2009, program yang mengambil masa selama tiga tahun ini akan diteruskan untuk tahun 2010 dan 2011 nanti. Apa yang diharapkan dari program ini sedikit sebanyak usaha UniMAP untuk membantu meningkatkan kecemerlangan Pendidikan di negeri Perlis akan tercapai. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dan mendapat kerjasama sepenuhnya dari Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

Langgan:
Catatan (Atom)