Jumaat, Mei 20, 2011

PROSPEK pengganti Peperiksaan PTK

Sistem penilaian tahap kecekapan kakitangan awam telah diubah. Dengan menggunakan sistem yang lebih mapan,penilaian akan dilakukan oleh panel yang dilantik serta melalui 8 tahap penilaian seperti dibawah :


KLIK UNTUK SELANJUTNYA

Selasa, Mei 10, 2011

KURSUS PEMNATAPAN JATIDIRI PEGAWAI GRED 41 SIRI II

KURSUS PEMNATAPAN JATIDIRI PEGAWAI GRED 41 SIRI II

TARIKH : 05 – 08hb MEI 2011

TEMPAT : VILLA DANIALLA, TOK BALI, KELANTAN

KUMPULAN SASARAN : PEGAWAI GRED 41

PESERTA : -PEGAWAI GRED 41 (KONTRAK) DAN TETAP (YANG TIDAK MENGHADIRI 
                     KURSUS PEMANTAPAN JATIDIRI PEGAWAI SIRI I)

AKTIVITI :

Bagi meningkatkan pemahaman para pegawai berkaitan isu semasa yang menyentuh aspek ekonomi, keselamatan, politik dan sebarang isu masa depan Negara, Unit Kajian Strategik dengan kerjasama Cap’s Kepimpinan UniMAP dan Jabatan Pendaftar telah menganjurkan Kursus Pemantapan Jatidiri Pegawai Gred 41 (Siri II) di Villa Danialla, Tok Bali Kelantan pada 05-08hb Mei lalu.

Kursus yang dihadiri seramai 69 peserta ini diketuai oleh barisan fasilitator yang telah bertanggungjawab dalam Perbincangan Dalam Kumpulan (PDK) selama 4 hari tersebut. Antara slot yang diselitkan dalam kursus ini adalah Slot Jatidiri Sebuah Bangsa Merdeka : Peranan Pentadbir oleh Y. Bhg. Datin Paduka Datuk Prof. Dr. Hjh. Ramlah Adam. Slot bersama Y. Bhg. Dato’ Naib Canselor UniMAP juga turut diselitkan pada majlis penutup kursus tersebut.

Aktiviti Kemasyarakatan juga turut mengisi tentatif program pada hari ketiga kursus. Antara aktiviti yang dijalankan di Lubuk Kuin adalah membersihkan kawasan kubur dan masjid, aktiviti memasak bersama penduduk setempat dan penyampaian cenderahati kepada Imam Masjid Lubok Kuin, serta pengerusi JKT Lubok Kuin, Hj.Rezuwan . Pihak UniMAP juga turut menghulurkan derma ikhlas kepada anak yatim di Pondok Tahfiz Al-Quran Dr. Halim.

Selesai sesi rumusan & penutup, peserta dibawa melawat Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada hari terakhir berkursus. Delegasi UniMAP dibawa melawat ke Dewan Kuliah 3 & 4 dan diberi penerangan ringkas tentang kursus-kursus yang ditawarkan di UMK serta serba sedikit sejarah penubuhannya oleh En. Abdul Halim Bin Abdul Rahman, Pendaftar UMK.

Dengan berakhirnya kursus ini maka 7 Teras Pentadbir UniMAP dapat dirumuskan dan dipersetujui dengan moto “Pentadbir Cemerlang, UniMAP Gemilang”.