Isnin, Mac 15, 2010

Keluh kesah isu 16 Program Pengajian di UniMAP tidak diiktiraf

Salam hormat, saya terpanggil untuk menulis artikel mengenai isu panas ini iaitu 16 Program Pengajian di UniMAP tidak diiktiraf. Apa yang dikesalkan disini adalah banyak mata yang tidak tahu pengorbanan dan usah yang berhempas pulas oleh pihak Pengurusan UniMAP untuk memperolehi pengiktirafan ini dari badan Lembaga Jurutera Malaysia(BEM) dan juga Agensi Kelayakan Malaysia(MQA). Adakah pihak luar terutamanya pihak yang hanya duduk dan tengok sahaja ini tahu apa yang Pengurusan UniMAP buat? Jangan hanya pandai untuk menunding jari terhadap Pengurusan. Usaha dari UniMAP telah banyak dijalankan untuk memiliki pengiktirafan ini. Sebagai contoh, UniMAP sendiri telah dinilai oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Begitu juga badan Lembaga Jurutera Malaysia juga telah hadir di UniMAP untuk melakukan penilaian. Jangan kerana terlampau cepat pengiktirafan lambat laun lain jadinya. Di pihak Kementerian Pengajian Tinggi juga telah memainkan peranan mereka. Melalui lawatan YB Menteri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ke UniMAP beliau secara terang-terangan kagum dengan apa yang telah diperolehi UniMAP hari ini. Isu graduan UniMAP tidak mendapat pekerjaan, ini isu lapuk kerana boleh dikatakan hampir 100% graduan UniMAP selepas bergraduat telah memiliki pekerjaan. Apa lagi yang mahu disangkal? Pihak kami merasakan ada pihak yang tidak selesa dengan pencapaian UniMAP ini. Apa yang diharapkan agar pihak-pihak ini dapat membuka mata mereka dan juga faham situasi pendidikan di UniMAP yang memang memartabatkan para pelajar sebagai Jurutera Glokal yang mampu memenuhi keperluan negara masakini. Graduan UniMAP lebih mendapat permintaan dalam sektor pekerjaan berbanding dengan IPTA lain. Renungkan....

Dari web : www.malaysia-instict.com

http://www.malaysia-instinct.com/english/index.php?option=com_content&view=article&id=13475:pecat-sahaja-mohamed-khaled-nordin-lepas-itu-vc-unimap-pula&catid=51:berita-utama&Itemid=29