Rabu, November 25, 2009

LAWATAN DAN KAJIAN DASAR KERAJAAN DI ASIA TENGGARA FASA 1 DI VIETNAM, CAMBODIA, LAOS DAN MYANMAR

Pada 2 hingga 15 November 2009 yang lalu, sekumpulan Penyelidik UniMAP telah menjalankan kajian di 4 buah negara di Asia iaitu Vietnam, Cambodia, Laos dan Vietnam. Kumpulan penyelidik ini dianggotai oleh 7 orang iaitu Y.Bhg. Brigedier Jeneral Dato' Prof. Dr. Kamarudin Bin Hussin Naib Canselor UniMAP, En. Hirwan Jasbir Bin Jaafar, Penyelaras Unit Kajian Strategik, En. Mohd Mustafa Al Bakri Bin Abdullah, Timbalan Dekan HEP UniMAP, En. Raja Shah Erman Bin Raja Ariffin, Penolong Pendaftar Unit Kajian Strategik, En. Mohd Hizazy Bin Yusof, Pegawai Teknologi Maklumat Unit Kajian Strategik, En. Mohammad Jabbar Tariq Bin Alizul Pakar Penolong Pegawai Tadbir Unit Kajian Strategik dan En. Dzairi Asrul Bin Dzainol kakitangan Unit Kajian Strategik.

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk:

- Mengkaji dasar politik & kerajaan di Rantau Asia yang semakin mencabar kuasa dunia baru.

- Memahami dan memantapkan pengetahuan dasar-dasar berkaitan yang mempengaruhi kewujudan kuasa rakyat dalam sesebuah kerajaan.

- Menilai dan memperhitungkan dasar politik Malaysia dan Negara di Rantau Asia dalam memberikan maklumbalas yang positif.

- Untuk menterjemahkan dasar politik Malaysia dan Rantau Asia.


Kajian ini akan dijalankan dalam dua fasa iaitu:

Fasa 1 :


Tarikh : 2 - 15 November 2009
Negara : Vietnam, Cambodia, Laos dan Myanmar

Fasa 2 :


Tarikh : 1 - 14 April 2010 (cadangan tarikh)
Negara : Thailand, Indonesia, Timor Leste, Brunei, Filipina dan Singapura

Cara Penyelidikan dijalankan :

Sepanjang kajian ini berlangsung, kumpulan penyelidik telah mengunjungi Kedutaan Malaysia di negara terbabit untuk mendapatkan gambaran awal dasar kerajaan. Penyelidik juga mengadakan lawatan ke Pusat Pentadbiran Kerajaan / Parlimen / Pusat Sumber / Muzium / lokasi Bersejarah untuk mengukuhkan fakta penyelidikan.

Bersama ini dipaparkan juga sedikit sebanyak gambar semasa kumpulan penyelidik berada disana.


Gambar-gambar di Mandalay dan Yangon, Myanmar (12-15 November 2009)



Buruh binaan perempuan di Mandalay.


Bersama sekumpulan pelajar sekolah di Mandalay.



Bandar Mandalay, Myanmar


Bangunan kerajaan di Yangon, Myanmar


Salah sebuah masjid di Yangon, Myanmar.


Kesibukan bandar Yangon, Myanmar.

Gambar di Laos (9 -11 November 2009)

Bergambar bersama Duta Malaysia di Laos

Perbincangan dengan Duta Malaysia.


Sedikit cenderahati kenangan dari Universiti Malaysia Perlis kepada Duta Malaysia.


Bandar Laos, Gate of Laos tempat tumpuan utama pelancong ke Laos.
Gambar-gambar di Phnom Penh dan Siem Reap, Cambodia (5-8 November 2009)


Dihadapan Angkor Thom, Siem Reap.
Dihadapan Angkor Wat di Siem Reap.

Kediaman rasmi Putera Norodom Sihamoni di Phnom Penh.

Di Muzium Negara Phnom Penh, Cambodia.

Sekolah di perkampungan terapung di Tonle Sap Lake, siem Reap.


Tonle Sap Lake.

Gambar di Hanoi dan Ho Chi Minh City, Vietnam (2-4 November 2009)

Bersama Sertiausaha 1 Kedutaan Malaysia di Hanoi.

Bersama Konsulat Malaysia di ho Chi Minh City, Vietnam.


Bergambar di hadapan tempat persemadian Ho Chi Minh City di Hanoi.

Dihadapan Kediaman rasmi Royal Palace di Hanoi.


Kesibukan di Hanoi.


Kepadatan Negara Vietnam.

Jumaat, Oktober 23, 2009

PERASMIAN LAMAN WEB SEMINAR PENDIDIKAN MELAYU ANTARABANGSA (SePMA 2010)

Pada 14 Oktober 2009 baru-baru ini telah diadakan majlis pelancaran Website Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA 2010) yang bertempat di Hotel Putra Palace. Website ini telah dilancarkan oleh Y.Bhg. Brigedier Jeneral Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin yang juga Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Seminar ini akan diadakan pada 25-27 Februari 2010 di Melaka. Seminar ini juga adalah anuran bersama Kerajaan Negeri Melaka. Seminar yang akan melibatkan golongan pendidik dan cendekiawan Melayu di peringkat antarabangsa dan rumpun ASEAN. Tujuan seminar ini adalah memahami perkembangan Pendidikan Melayu di Malaysia dan peringkat antarabangsa selain itu juga seminar ini dijadikan platform untuk menilai semula senario semasa tentang kedudukan Pendidikan Melayu di Malaysia dan Antarabangsa serta membincangkan halatuju pendidikan Melayu pada masa kini.
















Khamis, Oktober 15, 2009

KEM SCORE 'A' PROGRAM DIDIK CEMERLANG


Pada 28 - 30 September 2009, Unit Kajian Strategik telah mengadakan satu program yang menaikkan nama Universiti Malaysia Perlis dalam sumbangan terhadap sektor Pendidikan di Negeri Perlis. Program Kem Score 'A' Didik Cemerlang 2009 telah berjalan dengan lancar di Dusun Resort, Kuala Neran, Kedah. Program ini adalah hasil anjuran bersama Kementerian Pengajian Tinggi, Universiti Malaysia Perlis, Jabatan Pelajaran Perlis, Majlis Guru Cemerlang Negeri Perlis dan juga Yayasan Tuanku Syed Putra. Program ini melibatkan pelajar yang dikategorikan cemerlang di sekolah masing-masing yang akan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM tahun ini. Beberapa slot selain kelas bimbingan turut diadakan. Antaranya slot motivasi bersama YAB Dato' Seri DR Md Isa Bin Sabu yang juga Menteri Besar Perlis serta Exco Pendidikan Negeri, sesi motivasi bersama Y.Bhg. Brigedier Jeneral Dato' Prof. Dr. Kamarudin Hussin, yang juga Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis. Kem ini diakhiri dengan sesi bersama Pengarah Jabatan Pelajaran Perlis, Encik Mansor Bin Lat yang seterusnya menutup Kem yang berlansung selama 3 hari 2 malam ini.










Selasa, Oktober 13, 2009

Sekilas Pandang 1 Malaysia

1Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Ia menyediakan peluang untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian perspektif masyarakat kita. Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita. Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan. Saya berharap agar laman web ini akan menjadi permulaan kepada satu dialog yang penting dan terbuka bagi menerokai identiti, tujuan dan hala tuju kita sebagai rakyat Malaysia. Saya menggalakkan setiap orang daripada anda menyertai saya dalam memberikan takrifan kepada Malaysia kita dan peranan yang perlu kita mainkan untuk masa hadapannya. Setiap kita – di sebalik segala perbezaan kita – berkongsi impian untuk satu masa hadapan yang lebih baik. Setiap kita mahukan peluang, dihormati, persahabatan dan saling memahami.

PENGHAYATAN 8 NILAI 1 MALAYSIA


Jumaat, Oktober 02, 2009

MAKLUMAT KAKITANGAN UKS

KAKITANGAN & DIREKTORI
UNIT KAJIAN STRATEGIK

PENYELARAS (DS45)
Hirwan Jasbir B. Jaafar
No. Tel – 04-9798565
hirwan@unimap.edu.my
PENOLONG PENDAFTAR (N41)
Raja Shah Erman B. Raja Arifin
No. Tel – 04-9798569
rajashah@unimap.edu.my
PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (F41)
Mohd Hizazy B. Yusof
No. Tel – 04-9798568
hizazy@unimap.edu.my
PENOLONG PEGAWAI TADBIR (N27)
Mohammad Jabbar Tariq B. Alizul Pakar
No. Tel - 04-9798566
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) (N17)
Hasnah Bt. Harun
No. Tel - 04-9798566
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) (N17)
Sharifah Sabrina Bt. Syed Mustaffa
No. Tel - 04-9798566
PEMBANTU AM PEJABAT (N1)
Dzairi Asrul B. Dzainol
No.Tel - 04-9798566

OBJEKTIF UNIT KAJIAN STRATEGIK


  • Mewujudkan kerjasama dalam menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan perundingan berkaitan pembangunan pendidikan, politik, ekonomi dan sosial di Negeri Perlis khususnya dan Nasional amnya.

  • Menganjurkan program secara berkala kepada masyarakat bagi tujuan percambahan minda untuk melahirkan formula pembangunan dalam semua sudut pendidikan, ekonomi, sosial dan politik.

  • Membantu Kerajaan Negeri Perlis dalam usaha meningkatkan pertumbuhan KDNK dalam pelbagai bidang aktiviti ekonomi serta pembangunan pendidikan, sosial dan politik melalui penawaran kepakaran staf dan kemudahan termoden di UniMAP;

  • Membantu Kerajaan Negeri Perlis dalam usaha memastikan pembangunan prasarana yang seimbang bagi setiap kampung dalam negeri Perlis.