Selasa, Mei 10, 2011

KURSUS PEMNATAPAN JATIDIRI PEGAWAI GRED 41 SIRI II

KURSUS PEMNATAPAN JATIDIRI PEGAWAI GRED 41 SIRI II

TARIKH : 05 – 08hb MEI 2011

TEMPAT : VILLA DANIALLA, TOK BALI, KELANTAN

KUMPULAN SASARAN : PEGAWAI GRED 41

PESERTA : -PEGAWAI GRED 41 (KONTRAK) DAN TETAP (YANG TIDAK MENGHADIRI 
                     KURSUS PEMANTAPAN JATIDIRI PEGAWAI SIRI I)

AKTIVITI :

Bagi meningkatkan pemahaman para pegawai berkaitan isu semasa yang menyentuh aspek ekonomi, keselamatan, politik dan sebarang isu masa depan Negara, Unit Kajian Strategik dengan kerjasama Cap’s Kepimpinan UniMAP dan Jabatan Pendaftar telah menganjurkan Kursus Pemantapan Jatidiri Pegawai Gred 41 (Siri II) di Villa Danialla, Tok Bali Kelantan pada 05-08hb Mei lalu.

Kursus yang dihadiri seramai 69 peserta ini diketuai oleh barisan fasilitator yang telah bertanggungjawab dalam Perbincangan Dalam Kumpulan (PDK) selama 4 hari tersebut. Antara slot yang diselitkan dalam kursus ini adalah Slot Jatidiri Sebuah Bangsa Merdeka : Peranan Pentadbir oleh Y. Bhg. Datin Paduka Datuk Prof. Dr. Hjh. Ramlah Adam. Slot bersama Y. Bhg. Dato’ Naib Canselor UniMAP juga turut diselitkan pada majlis penutup kursus tersebut.

Aktiviti Kemasyarakatan juga turut mengisi tentatif program pada hari ketiga kursus. Antara aktiviti yang dijalankan di Lubuk Kuin adalah membersihkan kawasan kubur dan masjid, aktiviti memasak bersama penduduk setempat dan penyampaian cenderahati kepada Imam Masjid Lubok Kuin, serta pengerusi JKT Lubok Kuin, Hj.Rezuwan . Pihak UniMAP juga turut menghulurkan derma ikhlas kepada anak yatim di Pondok Tahfiz Al-Quran Dr. Halim.

Selesai sesi rumusan & penutup, peserta dibawa melawat Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada hari terakhir berkursus. Delegasi UniMAP dibawa melawat ke Dewan Kuliah 3 & 4 dan diberi penerangan ringkas tentang kursus-kursus yang ditawarkan di UMK serta serba sedikit sejarah penubuhannya oleh En. Abdul Halim Bin Abdul Rahman, Pendaftar UMK.

Dengan berakhirnya kursus ini maka 7 Teras Pentadbir UniMAP dapat dirumuskan dan dipersetujui dengan moto “Pentadbir Cemerlang, UniMAP Gemilang”.

Rabu, Mac 30, 2011

SEMINAR PEMIKIRAN TUN DR. MAHATHIR

TARIKH :
08 FEBRUARI 2011

TEMPAT :
DEWAN 2020, KANGAR

AKTIVITI :

Dengan kerjasama Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir , Universiti Utara Malaysia dengan Universiti Malaysia Perlis telah menganjurkan Seminar Pemikiran Tun Dr. Mahathir pada 8hb Mac 2011 bertempat di Dewan 2020, Kangar.
Seminar ini diadakan sempena Istiadat Konvokesyen Khas UniMAP 2011 bagi menganugerahkan Ijazah Kehormat kepada mantan Perdana Menteri ke 4, Y.A. Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad & Y.A. Bhg. Tun Dr. Siti Hasmah pada 17 Mac 2011 sekaligus mencipta sejarah tersendiri kepada Universiti Malaysia Perlis.
Seminar yang dijalin dengan kerjasama yayasan Kepimpinan Perdana adalah sebagai menghargai idea dan sumbangan beliau sepanjang menjawat jawatan Perdana Menteri.
Antara isi kandungan yang di sampaikan sepanjang seminar sehari ini adalah mengenali dan memahami aspirasi perjuangan Tun Dr. Mahathir sebelum, semasa dan selepas menerajui Negara. Selain itu, seminar ini adalah untuk menghargai jasa & pengorbanan Tun Dr. Mahathir dalam merencanakan Negara sehingga mencapai wajah Wawasan 2020.

AKTIVITI UNIT KAJIAN STRATEGIK

Program Sehari Pemimpin Masyarakat DUN Sanglang Bersama UniMAP


22 Februari 2011

Pada 22 Februari 2011 lalu, UniMAP dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Sanglang telah mengadakan Program Sehari Pemimpin Masyarakat DUN Sanglang bersama UniMAP. Program yang berlangsung seawall jam 08.00 pagi ini berakhir jam 6.30 petang dengan dihadiri Penyelaras DUN Sanglang, Hj. Abdullah Hassan semasa Jamuan Tengahari di Dewan Serbaguna Kubang Gajah, UniMAP.
Turut hadir Y.Bhg. YB Jafperi Othman, Exco Kerajaan Negeri Perlis bagi mewakili Menteri Besar Perlis. Program ini bertujuan untuk mendedahkan pemimpin –pemimpin masyarakat di kawasan Sanglang akan peranan yang dimainkan oelh UniMAP dalam mengangkat maruah agama, bangsa dan Negara melalui sektor pendidikan tinggi.
Delegasi turut dibawa melawat ke Makmal PPK Mekatronik dan Pembuatan di Pauh selain ke PPK Bioproses dan Alam Sekitar serta Pusat Kejuruteraan di UniMAP.

AKTIVITI UNIT KAJIAN STRATEGIK

PROGRAM KEMBARA ILMU(PROGRAM DIDIK CEMERLANG)

TARIKH :
17-20HB MAC 2011

TEMPAT :
KUALA LUMPUR

KUMPULAN SASARAN :
PELAJAR CEMERLANG NEGERI PERLIS

PESERTA :
PELAJAR CEMERLANG NEGERI PERLIS
GURU CEMERLANG NEGERI PERLIS

AKTIVITI :

Pada 17- 20hb Mac lalu, Unit Kajian Strategik dengan kerjasama Majlis Guru Cemerlang negeri Perlis telah mengadakan Program Kembara Ilmu (Program Didik Cemerlang) ke Kuala Lumpur dengan di hadiri oleh para pelajar cemerlang dari seluruh negeri Perlis serta Guru-guru cemerlang.
Sebanyak empat buah bas yang terlibat dalam mengiringi seramai 122 orang pelajar dan 8 orang dalam Program Kembara Ilmu. Antara sekolah yang terpilih dalam Program Kembara Ilmu ini adalah SMK Sains Tunku Syed Putra, SMK Arau, SMK (A) Arau, SMK (P) Kangar, SMK Dato’ Jaafar Hassan, SMK Dato’ Sheikh Ahmad, SMK Dato’ Ali Ahmad, SMK Derma, SMK Kuala Perlis, SMK Putra, SMK Syed Ahmad, SMK Syed Alwi, SMK Syed Saffi, SMK Padang Besar (U) dan SMK Tg. Suleiman.
Agensi Tenaga Nuklear, Jabatan Perdana Menteri, Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) dan i-City Shah Alam merupakan tempat yang dilawati pada hari ke 2 Program Kembara Ilmu ini.
Pada 19hb Mac, para pelajar dibawa melawat ke Teknology Park Malaysia (TPM) di Bangi dan mereka di beri sedikt penerangan tentang kemudahan serta kelebihan yang disediakan di Kolej Teknology Park Malaysia khusus kepada para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang yang terarah kepada sains dan teknologi. Penerangan dari Pn. Harlina sedikit sebanyak menarik minat para pelajar tentang kursus yang ditawarkan di kolej tersebut.
Sesi kembara ilmu diteruskan lagi ke Muzium Negara dan Lake Garden seterusnya ke Aquaria, KLCC pada sebelah petangnya.
Para pelajar turut diberi tugasan berkumpulan untuk membincangkan perancangan atau pelan tindakan untuk Perlis Maju 2015. Tugasan ini sedikit sebanyak membuka minda para pelajar serta percambahan idea dari setiap pelajar menarik minat Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Kamarudin Hussin untuk dipanjangkan kepada pihak bertanggungjawab.
Hari terakhir Program Kembara Ilmu ini diakhiri dengan sesi lawatan ke Pusat Sains Negara yang dimana lokasi terakhir ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang sains dan teknologi dalam kehidupan seharian kita.

AKTIVITI UNIT KAJIAN STRATEGIK

MAJLIS PELANCARAN PROJEK JEJAK KAMPUS

TARIKH :
18 FEBRUARI 2011

TEMPAT :
DEWAN KAPITOL UniMAP, KANGAR

KUMPULAN SASARAN :
PESERTA PROGRAM JEJAK KAMPUS

PESERTA :
PELAJAR SEKOLAH SELURUH NEGERI PERLIS

AKTIVITI :

UniMAP telah diberi peluang untuk melancarkan satu lagi projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) UniMAP kepada sector pendidikan negeri Perlis. Projek yang dicetuskan sendiri oleh Naib Canselor semasa Majlis Perasmian Penutup Program Selangkah Ke Universiti anjuran BAKTI pada 1hb Julai 2010 yang turut dihadiri oleh Y.A. Bhg. Naib Yang Dipertua BAKTI.
Pada 18hb Februari lalu, telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Projek Jejak Kampus bertempat di Dewan Kapitol UniMAP, Kangar dengan dihadiri oleh peserta Projek Jejak Kampus, pengetua-pengetua sekolah serta guru – guru dari setiap sekolah.
Majlis pelancaran telah dirasmikan dengan penuh meriah oleh Naib Canselor UniMAP. Turut hadir dalam Majlis Pelancaran tersebut adalah Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Perlis, En. Nuzrin Bin Nuiman.

AKTIVITI UNIT KAJIAN STRATEGIK

BENGKEL PENYELIDIKAN SOSIAL

TARIKH :
21 – 23 JANUARI 2011

TEMPAT :
HOTEL PARK AVENUE, SG. PETANI KEDAH.

KUMPULAN SASARAN :
KUMPULAN PENYELIDIK UNIT KAJIAN STRATEGIK

PENCERAMAH:
DR.MOHAMAD HASHIM BIN OTHMAN (UNIVERSITI SAINS MALAYSIA)

PESERTA BENGKEL :

HIRWAN JASBIR BIN JAAFAR
DR. MIZAN BIN AZLAM (FELO PENYELIDIK)

• POLITIK
• DASAR-DASAR KERAJAAN
• PERTANIAN

RAJA SHAH ERMAN BIN RAJA ARIFFIN
MOHD FAISAL BIN HAMIDI (FELO PENYELIDIK)

• EKONOMI
• HUBUNGAN ANTARA NEGERI, PERSEKUTUAN & ANTARABANGSA
• PELANCONGAN

MOHD HIZAZY BIN YUSOF
ADI ANUAR BIN AZMIN (FELO PENYELIDIK)

• BELIA & SUKAN
• KEBUDAYAAN
• INFRASTRUKTUR ASAS
• SOSIAL
• AGAMA

SITI NORRAFIDAH BT MD ZIN
MOHAMMAD SHARIFF BIN ISMAIL (FELO PENYELIDIK)

• PENDIDIKAN
• KESEJAHTERAAN & KEBAJIKAN RAKYAT
• TUGAS-TUGAS KHAS