Rabu, Mac 30, 2011

AKTIVITI UNIT KAJIAN STRATEGIK

MAJLIS PELANCARAN PROJEK JEJAK KAMPUS

TARIKH :
18 FEBRUARI 2011

TEMPAT :
DEWAN KAPITOL UniMAP, KANGAR

KUMPULAN SASARAN :
PESERTA PROGRAM JEJAK KAMPUS

PESERTA :
PELAJAR SEKOLAH SELURUH NEGERI PERLIS

AKTIVITI :

UniMAP telah diberi peluang untuk melancarkan satu lagi projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) UniMAP kepada sector pendidikan negeri Perlis. Projek yang dicetuskan sendiri oleh Naib Canselor semasa Majlis Perasmian Penutup Program Selangkah Ke Universiti anjuran BAKTI pada 1hb Julai 2010 yang turut dihadiri oleh Y.A. Bhg. Naib Yang Dipertua BAKTI.
Pada 18hb Februari lalu, telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Projek Jejak Kampus bertempat di Dewan Kapitol UniMAP, Kangar dengan dihadiri oleh peserta Projek Jejak Kampus, pengetua-pengetua sekolah serta guru – guru dari setiap sekolah.
Majlis pelancaran telah dirasmikan dengan penuh meriah oleh Naib Canselor UniMAP. Turut hadir dalam Majlis Pelancaran tersebut adalah Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Perlis, En. Nuzrin Bin Nuiman.

AKTIVITI UNIT KAJIAN STRATEGIK

BENGKEL PENYELIDIKAN SOSIAL

TARIKH :
21 – 23 JANUARI 2011

TEMPAT :
HOTEL PARK AVENUE, SG. PETANI KEDAH.

KUMPULAN SASARAN :
KUMPULAN PENYELIDIK UNIT KAJIAN STRATEGIK

PENCERAMAH:
DR.MOHAMAD HASHIM BIN OTHMAN (UNIVERSITI SAINS MALAYSIA)

PESERTA BENGKEL :

HIRWAN JASBIR BIN JAAFAR
DR. MIZAN BIN AZLAM (FELO PENYELIDIK)

• POLITIK
• DASAR-DASAR KERAJAAN
• PERTANIAN

RAJA SHAH ERMAN BIN RAJA ARIFFIN
MOHD FAISAL BIN HAMIDI (FELO PENYELIDIK)

• EKONOMI
• HUBUNGAN ANTARA NEGERI, PERSEKUTUAN & ANTARABANGSA
• PELANCONGAN

MOHD HIZAZY BIN YUSOF
ADI ANUAR BIN AZMIN (FELO PENYELIDIK)

• BELIA & SUKAN
• KEBUDAYAAN
• INFRASTRUKTUR ASAS
• SOSIAL
• AGAMA

SITI NORRAFIDAH BT MD ZIN
MOHAMMAD SHARIFF BIN ISMAIL (FELO PENYELIDIK)

• PENDIDIKAN
• KESEJAHTERAAN & KEBAJIKAN RAKYAT
• TUGAS-TUGAS KHAS

AKTIVITI UNIT KAJIAN STRATEGIK



BENGKEL PEMBANGUNAN MODUL

TARIKH :
21 – 23 JANUARI 2011


TEMPAT :
HOTEL PARK AVENUE, SG. PETANI KEDAH.


KUMPULAN SASARAN :
MAJLIS GURU CEMERLANG NEGERI PERLIS


PESERTA :


BAHASA MELAYU
• PN. ZALINA BT AHMAD – SMK PUTRA
• PN. RUSLAH BT MAT - SMSTSP
• PN. ROHAIDA BT AZIZ – SMK PADANG BESAR (U)

BAHASA INGGERIS
• PN. YANG HAMEEZA BT MEOR ABD RAHIM - SMSTSP
• PN. SITI JAWAHIR BT SHEIKH AB – SMKSA
• EN. SUPARDI – SMK ARAU

BIOLOGI
• DATIN NORIDAH BT YANGMAN - SMSTSP
• PN. ASRIYAH BT BAHAROM – SMK SYED SAFFI
• EN. KHAIRUL ANUAR BIN MOHD YUSOF – SMK ARAU


KIMIA
• PN. AISHAH BT MOKHTAR – SMK DERMA
• EN. YAMAN BIN BAHAROM - SMSTSP
• EN. MOHD NOR BIN YAAKOB – SMSTSP


MATEMATIK TAMBAHAN
• PN. ZANIYAH BT ISMAIL
• PN.ZALIANA BT MAT ZAIN
• EN. HALIM BIN OTHMAN


AKTIVITI :


Bagi memastikan keberkesanan Program Didik Cemerlang untuk tahun 2011, pihak sekretariat telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Modul dengan kerjasama Majlis Guru Cemerlang Negeri Perlis dan Jabatan Pelajaran Negeri.
Semua slot untuk setiap subjek seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Biologi, Kimia dan Matematik Tambahan dikendalikan oleh Guru Cemerlang bagi Program Didik Cemerlang.
Bengkel yang berlangsung selama 3 hari ini yang bermula 21 – 23 hb Januari 2011 di Hotel Park Avenue, Sungai Petani, Kedah turut dihadiri Naib Canselor UniMAP yang turut sama member ucapan dan kata – kata semangat serta penghargaan kepada guru- guru yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Turut hadir pada Majlis Makan Tengahari & Penghargaan program ini adalah Pengarah Pelajaran Negeri Perlis, En. Mansor Bin Lat.

























Isnin, Mac 28, 2011

Malaysia Di Tangga 16 Pengguna Facebook Dunia

Malaysia Di Tangga 16 Pengguna Facebook Dunia


 
Oleh : Mohd Hizazy Bin Yusof

 
Rakyat Malaysia berada di tangga ke 16 sebagai pengguna laman sosial Facebook terbesar di dunia, berdasarkan statistik bagi bulan Oktober 2010 yang dikeluarkan oleh laman Facabaker.com, sebuah laman yang menyelaraskan statistik dan penggunaan laman sosial facebook di kalangan pengguna seluruh dunia. Merujuk kepada senarai tersebut rakyat Amerika Syarikat masih mendahului senarai dan diikuti oleh Indonesia dan United Kingdom.

 
Kedudukan Malaysia di tangga ke 16 adalah berdasarkan rekod pendaftaran pengguna di facebook, manakala untuk tujuan perkongsian blog ini cuba untuk membuat perbandingan bukan sahaja jumlah pengguna malahan turut mengambil kira jumlah populasi penduduk di negara terlibat, supaya dapat melihat dengan lebih jelas lagi situasi sebenar status pengguna facebook.

 
Berdasarkan rujukan statistik di laman rasmi di facebakers.com dan world population list, senarai yang disusun oleh blog ni adalah seperti dibawah ni:



 
Dari senarai 20 pengguna terbesar facebook tu, Malaysia berada di kedudukan ke 16 dari segi jumlah pengguna manakala kalau di analisa dari segi peratusan berbanding bilangan populasi, Malaysia berada di tangga ke 8 dengan 31.48 peratus penduduknya berdaftar dengan facebook.

 
Maksudnya juga secara rambang daripada 10 orang yang ditemui di Malaysia, sekurang-kurangnya 3 daripada mereka mempunyai akaun facebook. Walau bagaimanapun analisa ringkas di jadual ada beberapa limitasi seperti:

 
1. Terdapat di kalangan 20 negara di dalam senarai tu belum kemaskini jumlah terkini populasi mereka, mungkin akan berlaku perubahan dari segi nilai peratusan; dan

2. Peratusan tersebut juga mungkin melibatkan kiraan berganda di sebabkan ada sesetengah individu yang mempunyai lebih dari satu akaun facebook, mungkin dua, tiga, lima mahupun sepuluh.

 
Namun secara asasnya senarai di atas tu bolehlah dijadikan rujukan dan panduan ringkas untuk mengetahui secara umum fokus dan arah penggunaan laman sosial di negara ini. Pada masa yang sama penggunaan facebook juga turut melibatkan kelebihan dan juga keburukan tersendiri, semuanya bergantung kepada pengguna itu sendiri.

 
Negara yang paling kurang penggunaan Facebook adalah Republic of Nauru yang hanya mencatatkan 180 pengguna sahaja. Nauru dahulunya dikenali sebagai Pleasant Island yang mempunyai keluasan 21km persegi. Ok dan steady aje deme tu..life still goes on tanpa FB

 
Statistik mengenai penggunaan internet di Malaysia.

 
  1. populasi penduduk pada 2000           : 24.6 juta orang
  2. pengguna internet pada 2000            : 3.7 juta orang
  3. kadar penembusan pada 2000           : 15%
  4. populasi penduduk pada 2010           : 26.12 juta orang
  5. pengguna internet pada 2010            : 16.9 juta orang
  6. kadar penembusan pada 2010           : 64.6%
  7. pertumbuhan pengguna internet       : 356.8%
          (2000 – 2010)

 

 
User age distribution on Facebook in Malaysia

 
 

 
Male/Female User Ratio on Facebook in Malaysia

Malaysia Facebook Statistics

 
General info

 
Total Facebook Users                      : 10 138 760
Penetration of population                  : 38.76%

Position in the list                              : 16
Penetration of online pop                  : 59.98%

 

 

Users & Demography for the Malaysia
 
 

 

 

 

 

 

 

 

Khamis, Mac 24, 2011

MENUJU PERLIS MAJU 2015

Oleh: Hirwan Jasbir Bin Jaafar


Tahun 2020 merupakan tahun sasaran yang telah diletakkan oleh Kerajaan Malaysia untuk mencapai tahap sebagai sebuah negara maju. Mengikut Pertubuhan Bagi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), untuk menjadikan sesebuah negara itu diiktiraf sebagai sebuah negara maju, terdapat lima aspek penting meliputi ekonomi, sosial, infrastruktur, alam sekitar dan pentadbiran perlu dipenuhi. Lima aspek penting itu meliputi 32 indikator yang melebihi sasaran terendah yang telah ditetapkan oleh OECD.

Perlis Maju 2015 menjadi wawasan utama kepada Kerajaan Negeri Perlis bagi memastikan negeri Perlis menjadi salah sebuah negeri maju di Malaysia. Mengapa negeri Perlis beria-ia menjadi salah sebuah negeri maju di Malaysia. Jawapannya adalah bagi memastikan menjelang tahun 2020, negeri Perlis tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara dan menjadi negeri terpinggir di Malaysia. Justeru adalah menjadi tugas utama kepada Kerajaan Negeri Perlis bagi merangka dasar dan polisi untuk menjadikan negeri Perlis sebagai salah sebuah negeri maju di Malaysia menjelang 2020.

Wawasan Perlis Maju 2015 telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2005. Berbagai aspek pembangunan telah dirangka bagi merialisasikan hasrat menjadi sebuah negeri maju. Namun persoalan timbul dikalangan masyarakat berkenaan dasar dan polisi yang diatur dalam usaha kerajaan merialisasikan wawasan yang telah ditetapkan. Sasaran ‘Perlis Maju 2015′ terus menjadi satu persoalan di kalangan rakyat di negeri ini. Pada 14 Disember 2010 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis baru-baru ini, tajuk ini terus mendapat perhatian para Wakil Rakyat. YB Khairi Hassan (BN-Mata Ayer) telah mengemukakan soalan lisan berkaitan perancangan untuk merealisasikan ‘Perlis Maju 2015′. Sementara itu, YB Rus’sele Eizan (PAS-Simpang Empat) dalam ucapannnya membahaskan Bajet 2011 turut menyeru Kerajaan Negeri untuk meletakkan sektor utama sebagai teras ‘Perlis Maju 2015′.

Persoalan-persoalan yang ditimbulkan ini menyebabkan perlunya satu kajian yang menyeluruh dilakukan terhadap penerimaan dan kefahaman masyarakat di negeri Perlis terhadap Wawasan Perlis maju tahun 2015. Keperluan ini menjadi aspek utama kepada usaha tercapainya sasaran maju pada tahun 2015. Tanpa kefahaman dan sokongan dari masyarakat, mana mungkin Kerajaan Negeri dapat melaksanakan segala perancangan yang telah dirangka bagi merialisasikan usaha menjadi negeri maju.

Khamis, Januari 27, 2011

MENJADI NEGARA MAJU

0leh: Hirwan Jasbir Bin Jaafar



Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengistiharkan Wawasan 2020 pada tanggal 28 Februari 1991. Wawasan 2020 adalah satu wawasan yang menterjemahkan hasrat rakyat untuk meletakkan kedudukan negara Malaysia sebagai sebuah negara maju di mata dunia. Kini tahun 2020 hanya tinggal 9 tahun sahaja lagi untuk digapai, persoalannya adakah kita sudah memahami apa itu negara maju dan apakah kriteria untuk menjadi sebuah negara maju? Walaupun tidak ada kriteria tertentu untuk dijadikan asas menentukan sesebuah negara maju, namun kriteria berikut seringkali diutarakan sebagai petunjuk kepada kedudukan sesebuah negara maju. Kriteria tersebut ialah:

i. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)


ii. Indeks Pembangunan Manusia (HDI)


iii. Pendapatan Per Kapita


iv. Taraf Hidup yang Tinggi


v. Kuasa Beli (PPP)


Terdapat beberapa agensi yang telah menentukan kriteria sesebuah negara maju seperti Pertubuhan Bagi Kerjasama Dan Pembangunan Ekonomi(OECD), Bank Dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB). Penilaian yang digunapakai oleh mereka dalam menentukan sesebuah negara maju turut berbeza. Mengikut Pertubuhan Bagi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), untuk menjadikan sesebuah negara itu diiktiraf sebagai sebuah negara maju, terdapat lima aspek penting meliputi ekonomi, sosial, infrastruktur, alam sekitar dan pentadbiran perlu dipenuhi. Lima aspek penting itu meliputi 32 indikator yang telah ditetapkan oleh OECD. Manakala Bank Dunia pula menggunakan hasil pendapatan negara kasar per kapita sebagai indikator utama untuk menentukan sesebuah negara maju. Bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) pula kaedah menentukan negara maju adalah berdasarkan wilayah dimana mereka mengkategorikan negara maju berdasarkan wilayah yang maju.

Namun sejuahmana tepatnya kriteria yang ditentukan oleh ketiga-tiga agensi ini masih boleh dipertikai kerana maksud atau istilah negara maju itu sesuatu yang subjektif dan bergantung kepada sesebuah negara. Oleh yang demikian, kita bebas untuk memilih kriteria yang bagaimana diperlukan oleh rakyat dan kerajaan untuk menjadi sebuah negara maju. Menjadi sebuah negara maju adalah idaman setiap kerajaan yang memerintah negara-negara di dunia ini. Justeru usaha dan perancangan yang strategik perlu dilaksanakan dalam memastikan usaha tersebut tercapai.

Sekian.......


Rujukan :


Abdul Rahim Anuar & Zulikha Jamaludin (2005) Agenda ICT Ke Arah Pembangunan K-Ekonomi Malaysia, Penerbit Universiti Utara Malaysia Sintok.


Abu Sufian Abu Bakar & Normizan Bakar Rencana: Klasifikasi Negara Maju: Implikasi Kepada Perbincangan Kedah Maju 2010. Buku Koleksi Rencana: Kearah Kedah Maju: Antara Perancangan Dan Keupayaan. Penerbit Universiti Utara Malaysia.



 


                                                                    Amerika Syarikat


                                                                             Australia




 



Khamis, Disember 16, 2010

ISI UTAMA BAJET 2011 NEGERI PERLIS

ISI UTAMA BAJET 2011 NEGERI PERLIS



Agenda Perlis Maju 2015 menjadi keutamaan dalam pembentangan bajet 2011 Kerajaan Negeri Perlis dalam siding Dewan Undangan Negeri Perlis baru-baru ini. Dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr Md Isa Bin Sabu, Menteri Besar Perlis yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong. Peruntukkan ini diterjemahkan seperti gambaran dibawah :

 

Berdasarkan jadual di atas, jumlah bajet bagi pengurusan tahun 2011 telah meningkat berbanding bajet pengurusan tahun sebelumnya iaitu daripada 143 juta tahun 2010 kepada 174 juta tahun 2011 yang akan dating. Peningkatan ini adalah sebanyak 22 peratus.


Bagi perbelanjaan untuk pembangunan pada tahun 2011, peruntukkan sebanyak RM 88 juta akan diberi berbanding tahun 2010 iaitu sebanyak 57 juta sahaja. Sebanyak 60 peratus peningkatan dalam sektor pembangunan dalam usaha kerajaan negeri member fokus terhadap projek pembangunan berskala besar yang akan member kesan langsung kepada pembangunan sosio-ekonomi rakyat di negeri Perlis. Beliau turut menerangkan sumber pendapatan bagi pembangunan ini diperolehi daripada pemberian wajib kerajaan Persekutuan kepada kerajaan Negeri seperti Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastuktur dan Kesejahteraan Hidup Rakyat (TAHAP) berjumlah RM23 juta dan Pemberian Pertambahan Hasil berjumlah RM15 juta . Pinjaman daripada kerajaan Persekutuan berjumlah RM21 juta juga turut dibuat bagi menjamin kelancaran pembangunan yang berterusan di negeri Perlis dan juga caruman kerajaan Negeri sebanyak RM29 juta bagi menampung ketidakcukupan di dalam Kumpulan Wang Pembangunan. Jadual di bawah menunjukkan pecahan perbelanjaan bagi pembangunan :




Bagi perbelanjaan pengurusan:


Bagi memastikan kelancaran pentadbiran kerajaan negeri, perbelanjaan bagi pengurusan turut dititikberatkan. Ini dapat dilihat terhadap peningkatan sebanyak 22 peratus ataupun sebanyak RM31 juta pada tahun 2011 menjadi jumlah peruntukan sebanyak RM174 juta. Pada tahun 2010, jumlah perbelanjaan mengurus adalah sebanyak RM143 juta sahaja. Pecahan peruntukkan dibawah pengurusan adalah seperti dibawah :






Bajet mengurus ini akan dibiayai daripada anggaran hasil kerajaan negeri berjumlah RM89 juta dengan anggaran hasil pertambahan RM21.9 juta ataupun 33% berbanding RM67 juta pada 2010.


Anggaran jumlah hasil dan perbelanjaan oleh kerajaan negeri Perlis adalah seperti dibawah :


Berlaku peningkatan defisit sebanyak 12 peratus bagi tahun 2011 ini.


Kesimpulan :


Secara keseluruhannya, Belanjawan 2011 ini memfokuskan usaha kerajaan negeri untuk memastikan segala keperluan dan kehendak rakyat diberikan keutamaan dan limpahan ekonomi diagihkan secara adil tanpa mengira perbezaan latar belakang agama,politik, bangsa dan budaya.