Khamis, Januari 27, 2011

MENJADI NEGARA MAJU

0leh: Hirwan Jasbir Bin Jaafar



Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengistiharkan Wawasan 2020 pada tanggal 28 Februari 1991. Wawasan 2020 adalah satu wawasan yang menterjemahkan hasrat rakyat untuk meletakkan kedudukan negara Malaysia sebagai sebuah negara maju di mata dunia. Kini tahun 2020 hanya tinggal 9 tahun sahaja lagi untuk digapai, persoalannya adakah kita sudah memahami apa itu negara maju dan apakah kriteria untuk menjadi sebuah negara maju? Walaupun tidak ada kriteria tertentu untuk dijadikan asas menentukan sesebuah negara maju, namun kriteria berikut seringkali diutarakan sebagai petunjuk kepada kedudukan sesebuah negara maju. Kriteria tersebut ialah:

i. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)


ii. Indeks Pembangunan Manusia (HDI)


iii. Pendapatan Per Kapita


iv. Taraf Hidup yang Tinggi


v. Kuasa Beli (PPP)


Terdapat beberapa agensi yang telah menentukan kriteria sesebuah negara maju seperti Pertubuhan Bagi Kerjasama Dan Pembangunan Ekonomi(OECD), Bank Dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB). Penilaian yang digunapakai oleh mereka dalam menentukan sesebuah negara maju turut berbeza. Mengikut Pertubuhan Bagi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), untuk menjadikan sesebuah negara itu diiktiraf sebagai sebuah negara maju, terdapat lima aspek penting meliputi ekonomi, sosial, infrastruktur, alam sekitar dan pentadbiran perlu dipenuhi. Lima aspek penting itu meliputi 32 indikator yang telah ditetapkan oleh OECD. Manakala Bank Dunia pula menggunakan hasil pendapatan negara kasar per kapita sebagai indikator utama untuk menentukan sesebuah negara maju. Bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) pula kaedah menentukan negara maju adalah berdasarkan wilayah dimana mereka mengkategorikan negara maju berdasarkan wilayah yang maju.

Namun sejuahmana tepatnya kriteria yang ditentukan oleh ketiga-tiga agensi ini masih boleh dipertikai kerana maksud atau istilah negara maju itu sesuatu yang subjektif dan bergantung kepada sesebuah negara. Oleh yang demikian, kita bebas untuk memilih kriteria yang bagaimana diperlukan oleh rakyat dan kerajaan untuk menjadi sebuah negara maju. Menjadi sebuah negara maju adalah idaman setiap kerajaan yang memerintah negara-negara di dunia ini. Justeru usaha dan perancangan yang strategik perlu dilaksanakan dalam memastikan usaha tersebut tercapai.

Sekian.......


Rujukan :


Abdul Rahim Anuar & Zulikha Jamaludin (2005) Agenda ICT Ke Arah Pembangunan K-Ekonomi Malaysia, Penerbit Universiti Utara Malaysia Sintok.


Abu Sufian Abu Bakar & Normizan Bakar Rencana: Klasifikasi Negara Maju: Implikasi Kepada Perbincangan Kedah Maju 2010. Buku Koleksi Rencana: Kearah Kedah Maju: Antara Perancangan Dan Keupayaan. Penerbit Universiti Utara Malaysia.



 


                                                                    Amerika Syarikat


                                                                             Australia




 



Khamis, Disember 16, 2010

ISI UTAMA BAJET 2011 NEGERI PERLIS

ISI UTAMA BAJET 2011 NEGERI PERLIS



Agenda Perlis Maju 2015 menjadi keutamaan dalam pembentangan bajet 2011 Kerajaan Negeri Perlis dalam siding Dewan Undangan Negeri Perlis baru-baru ini. Dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr Md Isa Bin Sabu, Menteri Besar Perlis yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong. Peruntukkan ini diterjemahkan seperti gambaran dibawah :

 

Berdasarkan jadual di atas, jumlah bajet bagi pengurusan tahun 2011 telah meningkat berbanding bajet pengurusan tahun sebelumnya iaitu daripada 143 juta tahun 2010 kepada 174 juta tahun 2011 yang akan dating. Peningkatan ini adalah sebanyak 22 peratus.


Bagi perbelanjaan untuk pembangunan pada tahun 2011, peruntukkan sebanyak RM 88 juta akan diberi berbanding tahun 2010 iaitu sebanyak 57 juta sahaja. Sebanyak 60 peratus peningkatan dalam sektor pembangunan dalam usaha kerajaan negeri member fokus terhadap projek pembangunan berskala besar yang akan member kesan langsung kepada pembangunan sosio-ekonomi rakyat di negeri Perlis. Beliau turut menerangkan sumber pendapatan bagi pembangunan ini diperolehi daripada pemberian wajib kerajaan Persekutuan kepada kerajaan Negeri seperti Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastuktur dan Kesejahteraan Hidup Rakyat (TAHAP) berjumlah RM23 juta dan Pemberian Pertambahan Hasil berjumlah RM15 juta . Pinjaman daripada kerajaan Persekutuan berjumlah RM21 juta juga turut dibuat bagi menjamin kelancaran pembangunan yang berterusan di negeri Perlis dan juga caruman kerajaan Negeri sebanyak RM29 juta bagi menampung ketidakcukupan di dalam Kumpulan Wang Pembangunan. Jadual di bawah menunjukkan pecahan perbelanjaan bagi pembangunan :




Bagi perbelanjaan pengurusan:


Bagi memastikan kelancaran pentadbiran kerajaan negeri, perbelanjaan bagi pengurusan turut dititikberatkan. Ini dapat dilihat terhadap peningkatan sebanyak 22 peratus ataupun sebanyak RM31 juta pada tahun 2011 menjadi jumlah peruntukan sebanyak RM174 juta. Pada tahun 2010, jumlah perbelanjaan mengurus adalah sebanyak RM143 juta sahaja. Pecahan peruntukkan dibawah pengurusan adalah seperti dibawah :






Bajet mengurus ini akan dibiayai daripada anggaran hasil kerajaan negeri berjumlah RM89 juta dengan anggaran hasil pertambahan RM21.9 juta ataupun 33% berbanding RM67 juta pada 2010.


Anggaran jumlah hasil dan perbelanjaan oleh kerajaan negeri Perlis adalah seperti dibawah :


Berlaku peningkatan defisit sebanyak 12 peratus bagi tahun 2011 ini.


Kesimpulan :


Secara keseluruhannya, Belanjawan 2011 ini memfokuskan usaha kerajaan negeri untuk memastikan segala keperluan dan kehendak rakyat diberikan keutamaan dan limpahan ekonomi diagihkan secara adil tanpa mengira perbezaan latar belakang agama,politik, bangsa dan budaya.


Jumaat, Oktober 22, 2010

Bicara Tokoh : Ilmu Teras Kepimpinan Unggul

Jemputan ke Perasmian Kampus UniMAP Seriab

Pada 26 Oktober 2010 ini akan diadakan Majlis Perasmian Kampus UniMAP Seriab. Kompleks yang sudah beroperasi sejak tahun 2009 ini merangkumi 4 blok utama iaitu A,B,C dan D. Kebanyakkan PTJ yang beroperasi disini adalah yang dahulunya beroperasi di Bangunan KIK, Kompleks Pentadbiran Taman Kechor serta KWSP. Anda semua dijemput bagi memeriahkan perasmian yang akan disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Dr Md Isa Bin Sabu, Menteri Besar Perlis.

TENTATIF PROGRAM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN KOMPLEKS UniMAP KAMPUS SERIAB
26hb Oktober 2010 (Selasa), Perkarangan Blok A & B

AKTIVITI PAGI

MASA
AKTIVITI/PROGRAM
LOKASI
9.00 pagi
Bicara Tokoh : “ Ilmu Teras Kepimpinan Unggul”
Ahli Panel :
i)                     Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh
ii)                   Y.Bhg. Naib Canselor UniMAP
Moderator :
Penyelaras, Unit Kajian Strategik
Khemah Utama – Perkarangan Blok A

Diskusi Kluster bersama Industri
Makmal-Makmal Kluster di Blok B
Pagi -
Studio Photoshoot Individu/Kumpulan
Studio Unit Multimedia – Blok C
Petang
Postgraduate Open Day
Bilik Diskusi & Mesyuarat Blok A

Pameran, Jualan, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Kuiz & Cabutan Bertuah :
i)                     Unit Kajian Strategik
ii)                   Unit Penerbitan
iii)                  Pusat Pembangunan Korporat & Kualiti
iv)                  Pusat Pengajian Siswazah
v)                   Unit Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan
vi)                  Kluster Penyelidikan
Perkarangan Blok B

Lawatan Terbuka Institut Kejuruteraan NANO Elektronik (INEE)
Makmal (INEE), Blok A


MAJLIS PERASMIAN

MASA
AKTIVITI/PROGRAM
LOKASI
10.45 pagi
Ketibaan jemputan
Khemah Utama – Perkarangan
11.00 pagi
Ketibaan Ketua-Ketua Jabatan UniMAP/Persekutuan/Negeri
Blok A
11.10 pagi
Ketibaan Naib Canselor

11.20 pagi
Ketibaan Keutamaan Negeri

11.30 pagi
Ketibaan YAB Menteri Besar Perlis


Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Rasmi UniMAP : WAWASANKU


Bacaan Doa


Ucapan Aluan Naib Canselor UniMAP


Ucapan Perasmian oleh Y.A.B Menteri Besar Perlis


Lawatan ke Makmal Institut Kejuruteraan NANO & Pameran

1.00 petang
Jamuan Makan Tengahari
Perkarangan Blok B
2.00 petang
Majlis Perasmian Tamat



AKTIVITI PETANG

MASA
AKTIVITI/PROGRAM
LOKASI
2.00 petang
Bicara Penulisan Ilmiah
Aras 1, Unit Penerbitan, Blok A


Selasa, September 07, 2010

4,279,909 juta orang belum mendaftar dengan SPR ??

Daripada 15.6 juta warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas, jumlah yang telah mendaftar dengan SPR sebagai pengundi sehingga bulan Mei 2010 ialah 11,247,525 juta pengundi.


Ini bermakna, baki sebanyak 4.3 juta warganegara masih belum mendaftar walaupun telah mencapai umur 21 tahun.



Itu adalah angka yang diperolehi sehingga bulan Mei 2010. Bagaimana pula dengan angka sehingga Julai 2010?

Berdasarkan rekod terbaru hingga Julai, jumlah pengundi berdaftar telah meningkat sehingga 11,320,091 juta pengundi.

Namun begitu, figure masih tidak banyak berubah. Ada lagi 4,279,909 juta pengundi yang belum berdaftar !! Berapa juta? 4,279,909 JUTA !!!!

Sekarang kita nak salahkan siapa? Salahkan parti politik tidak bekerja kuat? Salahkan mereka yang tidak agresif mendapatkan pengundi baru? Mereka ni dah banyak kali ditegur oleh pemerhati politik termasuk blogger. Lebih-lebih lagi terhadap parti komponen BN - MCA,MIC dan Gerakan. Dah tak boleh nak kata apa dah. Duk lagu tu juga.

Nak kata MCA ada problem rumah tangga? Tak jugak. Semua kan dah ok. Lagipun mereka baru dapat presiden baru. Itulah..jangan asyik buat kongres kemudian keluarkan deklarasi tuntut itu dan ini. Ada orang bagi info, MCA telah menswastakan pendaftaran pengundi baru kepada DAP. Betulke? Mungkin tujuannya nak bagi sindiran pedas pada MCA. Tapi, kalau MCA masih tak terasa hati tak tahulah. Memang korang hati kayu.

Bagaimana dengan MIC?? Samy Vellu cakap dia ada misi iaitu target 25,000 pengundi baru dari kaum India sehingga bulan Ogos. Sehingga bulan Julai berapa MIC dapat? Cuma 1,109 ketul pengundi saja. Bila dengar angka ni, mungkin Samy Vellu akan tepuk dahi dan cakap MMM....I SEE. Jadi, mampukah MIC capai target 25,000 pengundi tu? Kita tunggu laporan SPR akan datang. Kalau tak capai, kita bantai MIC termasuklah si Samy Vellu sekali.


Bagi parti komponen atas nama Barisan Nasional (BN) adalah disarankan agar mengambil tindakan tertentu dalam usaha menambah bilangan pengundi dari parti masing-masing. Ini bagi mengimbangi serta menambah penyokong untuk BN dalam usaha memartabatkan dan mengukuhkan kerajaan menjelang pilihanraya umum ke 13 kelak.