Jumaat, Disember 04, 2009

KERJAAN DIHARAP MEMANTAU KEMASUKAN PELAJAR ASING KE MALAYSIA


Baru-baru ini kita seringkali dikejutkan dengan pelbagai berita tentang pelajar-pelajar dari negara asing. Boleh dikatakan kebanyakkan warga asing ini yang masuk menggunakan visa pelajar menyalahgunakan kebenaran yang telah diberi. Mereka sebenarnya hanya bertopengkan pelajar namun hakikatnya mereka masuk ke negara ini untuk melakukan aktiviti sosial yang tidak sihat. Kebejatan sosial ini dilihat sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada taraf sosial negara ini.

Dalam usaha kerajaan membina sebuah negara yang maju perkara seperti penerimaan kemasukan pelajar dari negara asing harus diberi penekanan yang lebih serius dan perlu lebih berhati-hati untuk menerima golongan ini. Bukan hendak membantutkan niat mereka untuk menyambung pengajian, tetapi kita juga perlu lihat masalah sosial yang sering berlaku di negara kita akhir-akhir ini banyak ditimbulkan oleh golongan pelajar warga asing ini. Justeru adalah diharapkan dan juga diseru kepada pelajar warga asing ini agar menghormati undang-undang serta pandangan tinggi masyarakat terhadap golongan pelajar. Jangan kerana pelajar asing membuat angkara, pelajar tempatan juga mendapat nama yang tidak baik.