Rabu, November 25, 2009

LAWATAN DAN KAJIAN DASAR KERAJAAN DI ASIA TENGGARA FASA 1 DI VIETNAM, CAMBODIA, LAOS DAN MYANMAR

Pada 2 hingga 15 November 2009 yang lalu, sekumpulan Penyelidik UniMAP telah menjalankan kajian di 4 buah negara di Asia iaitu Vietnam, Cambodia, Laos dan Vietnam. Kumpulan penyelidik ini dianggotai oleh 7 orang iaitu Y.Bhg. Brigedier Jeneral Dato' Prof. Dr. Kamarudin Bin Hussin Naib Canselor UniMAP, En. Hirwan Jasbir Bin Jaafar, Penyelaras Unit Kajian Strategik, En. Mohd Mustafa Al Bakri Bin Abdullah, Timbalan Dekan HEP UniMAP, En. Raja Shah Erman Bin Raja Ariffin, Penolong Pendaftar Unit Kajian Strategik, En. Mohd Hizazy Bin Yusof, Pegawai Teknologi Maklumat Unit Kajian Strategik, En. Mohammad Jabbar Tariq Bin Alizul Pakar Penolong Pegawai Tadbir Unit Kajian Strategik dan En. Dzairi Asrul Bin Dzainol kakitangan Unit Kajian Strategik.

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk:

- Mengkaji dasar politik & kerajaan di Rantau Asia yang semakin mencabar kuasa dunia baru.

- Memahami dan memantapkan pengetahuan dasar-dasar berkaitan yang mempengaruhi kewujudan kuasa rakyat dalam sesebuah kerajaan.

- Menilai dan memperhitungkan dasar politik Malaysia dan Negara di Rantau Asia dalam memberikan maklumbalas yang positif.

- Untuk menterjemahkan dasar politik Malaysia dan Rantau Asia.


Kajian ini akan dijalankan dalam dua fasa iaitu:

Fasa 1 :


Tarikh : 2 - 15 November 2009
Negara : Vietnam, Cambodia, Laos dan Myanmar

Fasa 2 :


Tarikh : 1 - 14 April 2010 (cadangan tarikh)
Negara : Thailand, Indonesia, Timor Leste, Brunei, Filipina dan Singapura

Cara Penyelidikan dijalankan :

Sepanjang kajian ini berlangsung, kumpulan penyelidik telah mengunjungi Kedutaan Malaysia di negara terbabit untuk mendapatkan gambaran awal dasar kerajaan. Penyelidik juga mengadakan lawatan ke Pusat Pentadbiran Kerajaan / Parlimen / Pusat Sumber / Muzium / lokasi Bersejarah untuk mengukuhkan fakta penyelidikan.

Bersama ini dipaparkan juga sedikit sebanyak gambar semasa kumpulan penyelidik berada disana.


Gambar-gambar di Mandalay dan Yangon, Myanmar (12-15 November 2009)



Buruh binaan perempuan di Mandalay.


Bersama sekumpulan pelajar sekolah di Mandalay.



Bandar Mandalay, Myanmar


Bangunan kerajaan di Yangon, Myanmar


Salah sebuah masjid di Yangon, Myanmar.


Kesibukan bandar Yangon, Myanmar.

Gambar di Laos (9 -11 November 2009)

Bergambar bersama Duta Malaysia di Laos

Perbincangan dengan Duta Malaysia.


Sedikit cenderahati kenangan dari Universiti Malaysia Perlis kepada Duta Malaysia.


Bandar Laos, Gate of Laos tempat tumpuan utama pelancong ke Laos.
Gambar-gambar di Phnom Penh dan Siem Reap, Cambodia (5-8 November 2009)


Dihadapan Angkor Thom, Siem Reap.
Dihadapan Angkor Wat di Siem Reap.

Kediaman rasmi Putera Norodom Sihamoni di Phnom Penh.

Di Muzium Negara Phnom Penh, Cambodia.

Sekolah di perkampungan terapung di Tonle Sap Lake, siem Reap.


Tonle Sap Lake.

Gambar di Hanoi dan Ho Chi Minh City, Vietnam (2-4 November 2009)

Bersama Sertiausaha 1 Kedutaan Malaysia di Hanoi.

Bersama Konsulat Malaysia di ho Chi Minh City, Vietnam.


Bergambar di hadapan tempat persemadian Ho Chi Minh City di Hanoi.

Dihadapan Kediaman rasmi Royal Palace di Hanoi.


Kesibukan di Hanoi.


Kepadatan Negara Vietnam.